Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

PERHIMPUNAN PAGI BULAN OGOS 2011



 
     

PERHIMPUNAN PAGI BULAN OGOS 2011


Kuala Selangor : 23 Ogos 2011 (23 Ramadhan 1432 hijrah)  - Selasa, Satu perhimpunan pagi telah diadakan di perkarangan  Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor bagi bulan Ogos 2011. Majlis yang bermula jam 8.00 pagi telah di hostkan oleh Unit Hasil.Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan di susuli dengan 3buah lagu iaitu Lagu Negeri Selangor,Lagu Negara Ku dan Lagu Selangor Bergerak Maju  dan diikuti dengan bacaan ikrar. Kemudian majlis di teruskan  dengan ucapan rasmi Pegawai Daerah iaitu Tuan Haji Mohd Misri bin Haji Idris. Dalam ucapan tersebut beliau ada menyatakan :

1. Mengenai bulan Ramadhan Al-Mubaraq iaitu bulan yang penuh Baraqah dimana segala pintu    syurga akan dibuka untuk memperolehi kebaikan dan pengampunan dari allah S.W.T :

- Didalam bulan Ramadhan juga terdapatnya Solat Terawih yang diadakan pada setiap malam.
- Dalam bulan Ramadhan juga kita semua telah menyambut Nuzul Al-Quran pada 17 Ogos 2011 (bersamaan 17 Ramadhan 1432 hijrah) yang lepas.

2. Majlis Qhatam Al-Quran dan Tadarus anjuran Pejabat Daerah/ Tanah Kuala Selangor yang akan diadakan pada 23/8/2011 (Rabu) jam 8.00 pagi, bertempat di Tingkat 3, Bilik Gerakan ,    PDKS :

- Tuan Pegawai Daerah menyarankan agar Khatam Al-Quran dapat diteruskan juga pada bulan-bulan berikutnya dan bukan sahaja hanya pada bulan Ramadhan.
- Dalam majlis tersebut, sedikit sumbangan kuih raya akan diberikan kepada semua warga kerja PDKS.

3. Cuti berhari raya :

- Tuan Pegawai Daerah berharap agar pegawai dan kakitangan PDKS dapat cuti secara bergilir-gilir agar pekhimatan yang ditawarkan di PDKS dapat dilaksanakan walaupun dalam keadaan cuti raya.

Sebelum berakhirnya majlis perhimpunan pagi, pengerusi Majlis mengumumkan mengenai Program Bubur Lambuk secara percuma Anjuran Unit Pembangunan Luar Bandar (PLB) yang akan diadakan pada 25/8/2011 jam 3.30 petang. Semua warga kerja PDKS dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

 

image image image
image image image
image image image
 
     

Kemaskini pada 2013-10-23 18:52:37 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page