Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

PERHIMPUNAN BULAN APRIL 2011

     

PERHIMPUNAN PAGI BULAN APRIL 2011 PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR


Kuala Selangor, 28 April 2011 - Satu majlis perhimpunan pagi bersama wargakerja Pejabat Daerah / Tanah Kuala Selangor telah diadakan di Perkarangan Lobi PDKS. Perhimpunan yang bermula jam 8.00 pagi itu telah dihoskan oleh Unit Pelupusan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, bacaan ikrar dan diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Selangor serta lagu Selangor Bergerak Maju oleh semua wargakerja Pejabat Daerah / Tanah Kuala Selangor.


 image image 

             Pada perhimpunan tersebut, Tuan Pegawai Daerah telah menyampaikan beberapa ucapan rasmi beliau. Antaranya mengenai :-

                      1)  Lawatan oleh Menteri Besar Selangor bersama Exco ke PDKS pada 10 Jun 2011.

                                  - Program Mesra Rakyat   
                                  - Sesi Dialog
                                  - Solat Jumaat
                                  - "Lawatan Mengejut" ke salah satu tempat di Daerah Kuala Selangor

                        2) Perlu melaksanakan tugas-tugas yang diberikan mengikut senarai tugas
                             yang ditetapkan dan mematuhi pekeliling / peraturan yang diberikan.

                        3) Majlis Jamuan dan Doa Selamat Sempena Persaraan En. Selamat Bin Surip yang telah
                             diadakan semalam.

image image

              Sebelum mengakhiri ucapan, beliau mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama yang telah diberikan oleh wargakerja PDKS dalam menjayakan "Kempen Hapuskan Denggi" yang telah diadakan pada minggu lepas. Beliau juga berbesar hati menerima dua wargakerja PDKS yang baru ditugaskan di PDKS iaitu :

                          1) Pn. Norliza Bt Mat Ari dari Unit Pendaftaran dan

                          2) Pn. Akmalela Bt Kamarulzaman dari Unit Hasil

image image

             Semua wargakerja dinasihatkan agar melaksanakan Sistem Audit Nilai dan juga makluman mengenai Majlis Bacaan Al-Quran yang diadakan pada setiap Jumaat di Bilik Melawati, Tingkat 2, PDKS. Sebagai penutup majlis, Tuan Pegawai Daerah dijemput untuk melaksanakan upacara Simbolik sempena "Kempen Hapuskan Denggi" dan semua wargakerja dijemput untuk menjamu selera.                                                                               

image image

            

        

 


Kemaskini pada 2016-11-14 10:53:06 daripada Vox Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page