Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

PROGRAM JELAJAH PEMERKASAAN DESA SELANGOR 2011 BAGI DAERAH KUALA SELANGOR



 
    

PROGRAM JELAJAH PEMERKASAAN DESA SELANGOR 2011 BAGI DAERAH KUALA SELANGOR


KUALA SELANGOR, 24 April 2011 (AHAD)- Satu PROGRAM JELAJAH PEMERKASAAN DESA SELANGOR 2011 bagi Daerah Kuala Selangor telah dilancarkan di Stadium Kuala Selangor baru-baru ini. Program yang bermula seawal jam 8.45 pagi itu telah dimulakan dengan sesi Penerangan Prestasi Dasar Kerajaan, diikuti dengan sesi Memahami Strategi dan Isu Semasa seterusnya Sesi Motivasi dan Plan Tindakan Memperkasakan Kehebatan Desa dan Kampung yang telah disampaikan oleh Tuan Dr. Kamari Bin Kasan selaku Pengurus Kanan Pembangunan Insan Yayasan Selangor. Tepat jam 12.30 tengahari, ketibaan YAB Tan Sri Dato' Sri Abdul Khalid Ibrahim, Dato' Menteri Besar Selangor bersama-sama YB Exco yang lain disambut baik oleh para hadirin program tersebut. Program tersebut juga turut dihadiri oleh YB Tn. Dr Hj Yaacob Bin Sapari, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Permodenan Pertanian, Pegurusan Sumber Alam, Pembanguanan Usahawan dan Pembangunan Luar Bandar serta YB Pn Dr Hjh Rodziah Bt. Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi.

          Program diteruskan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Al-Fadil Ustaz Hashim Muhammad (Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Kuala Selangor). Kemudian YAB Tan Sri Dato Sri Abdul Khalid Bin Ibrahim, Dato Menteri Besar Selangor dijemput untuk menyampaikan amanat-amanat penting untuk dijadikan panduan yang terbaik di dalam Pemerkasaan Desa. Atucara majlis diteruskan lagi dengan majlis penyampaian Bantuan Am Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato Sri Khalid Bin Ibrahim, Dato Menteri Besar Selangor bersama YB Exco yang diiringi oleh Tn. Hj Idzhar Rasidi, Ketua Pen. Peg. Daerah (Pembangunan Masyarakat). Sebelum Majlis bersurai, cenderahati dari Tn. Pegawai Daerah dan warga kerja PDKS telah disampaikan oleh Tn. Hj Idzahar Bin Rasidi (Ketua Penolong Pegawai Bahagian Pembangunan) kepada YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Dato Menteri Besar Selangor), YB Tn. Dr Hj Yaakob Bin Sapari (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor), YB Tn Dr Hjh Rodziah Bt Ismail (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor). Majlis tamat pada pukul 1.30 petang dan menjemput YAB Dato Menteri Besar,  Ahli Exco dan para jemputan ke Majlis Jamuan Tengahari.

    

Kemaskini pada 2013-10-23 18:40:54 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page