Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : MB: Jelajah bantuan rakyat diterus ke empat daerah, tawar pelbagai inisiatif kebajikan

Wartawan SelangorKini II  25 JULAI 2022

 
       

SHAH ALAM -   Fasa kedua Jelajah Selangor Penyayang yang memperkenal pelbagai inisiatif baharu dan ditambah baik untuk rakyat diteruskan ke empat daerah dalam tempoh terdekat.

 

Dato’ Menteri Besar berkata program melibatkan daerah Klang, Sabak Bernam, Sepang dan Hulu Selangor menumpukan lima perkara utama iaitu kebajikan, keluarga, perumahan, kesihatan dan pendidikan.

 

“Program fasa kedua adalah kesinambungan kepada Jelajah Selangor Penyayang yang sedang berlangsung sekarang iaitu di Dataran Boulevard, Petaling hari ini dan pada 31 Julai depan di Padang Awam Batu Caves, Gombak.

 

“Sebelum ini, kita sudah melaksanakan program sama di daerah Hulu Langat, Kuala Langat dan Kuala Selangor,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika menjadi tetamu program Malaysia Hari Ini (MHI) siaran TV3 , hari ini.

 

Hari ini, Dato’ Menteri Besar turut merasmikan Jelajah Selangor Penyayang yang berlangsung di Dataran Boulevard, Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

 

Bermula 8 pagi hingga 5.30 petang, program di bawah Iltizam Selangor Penyayang (ISP) yang disusun semula dari Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) bagi membolehkan lebih ramai penduduk menerima manfaat disediakan Kerajaan Negeri.

 

Inisiatif itu dijayakan menerusi peruntukan RM350 juta supaya lebih ramai penduduk memperoleh manfaat disediakan Kerajaan Negeri

 

Turut dilaksana, program Selangor Saring untuk mengesan penyakit kronik dengan perbelanjaan RM1.5 juta yang memanfaatkan 5,000 orang terutama golongan berisiko.

 

Karnival itu turut diserikan dengan persembahan artis terkenal tanah air Hazama dan Ernie Zakri, senamrobik, pertandingan memasak, gubahan bunga, jualan barangan asas murah, pameran dan jualan.


Kemaskini pada 2022-07-25 11:57:30 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page