Maklumbalas II Hubungi Kami || Soalan Lazim (FAQ) || Peta Laman || Kajian Kepuasan Pelanggan

KAJIAN KEPUASAN

PELANGGAN [ x ]


WAKTU URUSNIAGA DI   KAUNTER UNIT HASIL & UNIT PENDAFTARAN ADALAH DIBUKA SEPERTI BIASA KEPADA ORANG AWAM  

 

        ISNIN -KHAMIS             8.30PAGI - 3.30 PETANG

              JUMAAT               8.30 PAGI - 11.45 PAGI 2.45PTG - 3.30 PTG

 

SEBARANG PERTANYAAN          HUBUNGI TALIAN            03-3289 1010

 

w3c logo
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
 jata  jata2  new_title_6

BERITA : Unisel gerak 300 penuntut, staf bantu mangsa banjir

Wartawan Sinar Online II  22 DISEMBER 2021

 
       

KUALA SELANGOR -   Universiti Selangor (Unisel ) sudah menggerakkan seramai 300 penuntut termasuk sukarelawan terdiri dalam kalangan staf bagi membantu mangsa banjir di dua lokasi di negeri ini.


Presiden dan Naib Canselor Unisel, Prof. Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, dua lokasi itu ialah di Kampung Bestari Jaya dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis bermula pada Selasa.

 

Menurutnya, Unisel akan terlibat secara langsung bagi membantu bagi kerja-kerja membersihkan rumah mangsa banjir.


"Unisel menggerakkan seluruh aset yang ada termasuk bas dan kemudahan lain bagi membantu mangsa-mangsa banjir di dua lokasi ini," katanya pada sidang akhbar di Unisel Bestari Jaya di sini pada Selasa.

 

Mohammad Redzuan berkata, selain itu, pihaknya turut membantu sokongan emosi dan psikologi kepada individu terkesan akibat banjir.

 

"Kita menggerakkan kepakaran staf dalam bidang psikologi membantu mereka yang trauma akibat banjir," katanya.

 

Jelas beliau, usaha itu akan diperluaskan di kawasan lain jika ada pihak memerlukan khidmat bantuan daripada Unisel.

 

"Ini merupakan kumpulan pertama dan kita sedia menggerakkan lebih ramai lagi bantuan di tempat lain mengikut kesesuaian dan keperluan," ujarnya.


Trak bergerak JPN, bantu mangsa banjir mohon dokumen baharu KPLB gerakkan sukarelawan bantu mangsa banjir Selangor ambil tindakan segera bantu mangsa banjir kilat:

 

MBMengulas mengenai kejadian banjir, Mohammad Redzuan berkata, keadaan universiti itu tidak terjejas meskipun berlaku limpahan air di hadapan pintu masuk Unisel pada Isnin.

 

"Pada hari ini, keadaan kampus sudah kembali seperti biasa dengan keadaan cuaca tidak lagi hujan serta beberapa laluan telah pun dibuka.

 

"Berbeza semalam (Isnin), laluan pintu hadapan Unisel digenangi air dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan," katanya.

 

Bagaimanapun, katanya, kampus Unisel Bestari Jaya tidak terjejas akibat banjir berikutan keadaan permukaan jalan tinggi.

 

"Namun beberapa penuntut dan staf Unisel rumah mereka di Kampung Bestari Jaya terjejas akibat banjir dan mereka telah ditempatkan di asrama lebih selesa di dalam kampus selain mereka turut mendapat bantuan daripada pelbagai pihak," katanya.
 

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/179133/EDISI/Unisel-gerak-300-penuntut-staf-bantu-mangsa-banjir
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Kemaskini pada 2021-12-22 10:44:11 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page