Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : MDKS keluar 14 kompaun terhadap kenderaan berat

Wartawan Sinar Online II  28 JULAI 2020

 
       

KUALA SELANGOR - Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) mengeluarkan 14 kompaun terhadap kenderaan berat yang diparkir di kawasan taman perumahan, medan perniagaan dan bahu jalan kerana menghalang laluan jalan.


Yang Dipertuanya, Rahilah Rahmat berkata, operasi bersepadu itu bermula selama empat jam pada jam 8 malam hingga 12 tengah malam pada 17 Julai lalu.

 

Menurutnya, seramai 14 anggota terdiri daripada Jabatan Penguatkuasaan MDKS, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terbabit dalam operasi yang dijalankan di sekitar Bestari Jaya, Kampung Kuantan dan Taman Bendahara.

 

"Operasi ini dijalankan berikutan aduan awam mengenai kenderaan berat yang diparkir di kawasan awam sehingga mengakibatkan kerosakan jalan dan mengganggu keselamatan penduduk.

 

"Sebanyak 14 kompaun dikenakan di bawah Undang-undang Kecil Taman (Majlis Daerah Kuala Selangor) 2005 dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) telah dikeluarkan oleh MDKS atas kesalahan halangan kenderaan berat," katanya dalam kenyataannya hari ini.

 

Dalam pada itu katanya, sebanyak tujuh saman dikeluarkan polis dan empat saman lagi daripada JPJ atas pelbagai kesalahan lain.

 

"Operasi bersepadu ini akan dijalankan daripada masa ke masa dan orang awam boleh melaporkan aduan berkaitan perkara ini secara dalam talian di https://selangor.spab.gov.my atau menghubungi talian 03-32891439," katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/94250/EDISI/Selangor-KL/MDKS-keluar-14-kompaun-terhadap-kenderaan-berat
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Kemaskini pada 2020-07-28 12:31:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page