Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA :Pemandu patah kaki van masuk parit

Wartawan Sinar Online II  13 JANUARI 2020

 
       

TANJONG KARANG - Seorang pemandu van tersepit kira-kira 20 minit apabila kenderaan dipandunya itu terbabas dan masuk ke dalam parit berhampiran Giat Mara Tanjong Karang semalam.

Kejadian jam 4.55 petang itu mengakibatkan mangsa berusia 58 tahun cedera parah pada kaki kiri.

 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang, Penolong Penguasa Bomba Azmi Abbas berkata, enam pegawai dan anggota bersama jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

 

"Sebaik tiba, anggota mendapati sebuah van terbabas dan masuk ke dalam parit, manakala pemandunya tersepit di bahagian kiri tempat duduk penumpang.            

 

"Anggota bomba mengambil masa kira-kira 20 minit bagi mengeluarkan mangsa dan kemudian diserahkan pasukan perubatan untuk rawatan lanjut," katanya.

 

Beliau berkata, operasi tamat sepenuhnya jam 6.10 petang.

 


Kemaskini pada 2020-01-13 10:01:52 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page