Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : APM bantu bawa mangsa banjir lumpuh ke PPS

Wartawan Sinar Online II  29 OKTOBER 2019

 
       

KUALA SELANGOR - Sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyelesaikan kebuntuan seorang ibu yang bimbang memikirkan cara untuk menyelamatkan anak perempuannya yang menghidap saraf tunjang ekoran rumah mereka dilanda banjir.


Sharifah Mariam Syed Alwi, 64, berkata, anaknya, Marsyitah Shahrum, 41, hanya terlantar selepas disahkan menghidap penyakit itu sejak 4 Mei lalu.

 

"Saya tidaklah memikirkan bagaimana hendak menyelamatkan harta benda tetapi risau bagaimana hendak membawa Marsyitah yang lumpuh dari pinggang hingga kaki keluar dari rumah yang dinaiki banjir," katanya.

 


Ibu tunggal yang dipindahkan ke pusat pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Mahang itu turut bersyukur kerana dibantu sepasukan anggota APM yang ketika itu terbabit dalam operasi memindahkan mangsa banjir.

 

Sementara itu, seorang lagi mangsa banjir, Hairul Razid Mohamad Seri, 36 berkata, banjir yang melanda itu disifatkan sebagai luar biasa.

 

Katanya, banjir menyebabkan penduduk kerugian besar berikutan banyak perkakas rumah seperti sofa, televisyen, peti sejuk dan sebagainya rosak ditenggelami air.

 

"Saya berharap pihak berwajib segera menyelesaikan perkara ini sebelum lebih banyak kerosakan berlaku," katanya.

 

Terdahulu, seramai 591 mangsa daripada 164 keluarga ditempatkan di PPS SK Parit Mahang berikutan banjir yang melanda sejak 23 Oktober lalu.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/54433/EDISI/Selangor-KL/APM-bantu-bawa-mangsa-banjir-lumpuh-ke-PPS
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Kemaskini pada 2019-10-29 09:20:12 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page