Wartawan Sinar Online II 09 OKTOBER 2019
KUALA SELANGOR - Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) menyita tiga premis jual arak atas pelbagai kesalahan dalam operasi bersepadu minuman keras di Bestari Jaya pada 19 September lalu.
"Jumlah keseluruhan sitaan pada operasi bersepadu ini merangkumi 173.04 liter arak pelbagai jenama dan harga dengan nilai sitaan berjumlah RM1,848.86 manakala nilai duti kastam yang terlibat berjumlah RM3,981.46," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Katanya, sebanyak 80 botol minuman keras pelbagai jenama disita mengikut kesalahan Peraturan 361, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 terhadap piawaian am bagi minuman beralkohol boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara dua tahun.
"Sebanyak 524 botol minuman keras pelbagai jenama disita dengan tiga kompaun kepada tiga premis di bawah kesalahan Undang-Undang Kecil 3, Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDKS) 2007," katanya.
Katanya, seorang individu yang terbabit dalam kesalahan itu ditahan mengikut Seksyen135 (1)(d) Akta Kastam 1967.
"Jika disabit kesalahan pesalah akan didenda tidak kurang dari 10 kali ganda amaun duti kastam atau RM100,000 mengikut mana-mana amaun lebih besar dan tidak melebihi 20 kali ganda nilai amaun duti kastam atau RM500,000 mengikut mana-mana amaun lebih besar atau pun penjara tidak kurang dari enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
|
Kemaskini pada 2019-10-09 10:17:09 daripada Administrator