Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : ADUN Bukit Malawati nafi terbabit kemalangan

Wartawan Sinar Online II  09 OKTOBER 2019

 
       

KUALA SELANGOR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Malawati, Juwairiya Zulkifli menafikan beliau terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Guthrie di sini hari ini.


Juwairiya dalam kumpulan WhatsApp media memaklumkan beliau tiada dalam kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux terbabit.

"Alhamdulillah staf saya baik dan saya tiada dalam kenderaan tersebut," katanya.


Juwairiya mengakui terkejut dengan penyebaran berita palsu kononnya kemungkinan berlaku pilihan raya kecil (PRK) di negeri ini selepas beliau terbabit dalam kemalangan.

 

"Ini lagi saya terkejut. Terima kasih semua yang mengambil berat," katanya.

Sebelum ini tular mengaitkan Juwairiya terlibat dalam kemalangan dan keadaan beliau masih menjadi tanda tanya.

 


Kemaskini pada 2019-10-09 10:19:31 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page