Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : MDKS jawab isu caj parkir lebih mahal daripada MBSA

Wartawan Sinar Online II  10 SEPTEMBER 2019

 
       

KUALA SELANGOR - Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) menafikan caj parkir berbayar yang dikenakan pihaknya lebih mahal berbanding caj sama dikenakan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).


Yang Dipertuanya, Rahilah Rahmat berkata, perbandingan caj bayaran parkir yang tular di Facebook itu tidak tepat kerana mengguna pakai kupon MBSA pada harga lama.

 

"Hasil semakan MDKS, kadar caj letak kereta MBSA berharga 60 sen tidak termasuk cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bermula 1 April 2019.


"Caj parkir berbayar dikenakan MDKS masih pada kadar munasabah iaitu 50 sen sejam tidak termasuk SST.

 

"Malah kadar ini juga masih lagi pada tahap yang rendah di antara pihak berkuasa tempatan (PBT) lain di negeri dan negara ini," katanya.

 

Sebelum ini tular gambar kupon di laman sosial Facebook mendakwa caj dikenakan MBSA lebih murah berbanding MDKS.

 

Mengulas mengenai kenyataan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar yang mendakwa beberapa kawasan di daerah itu dikecualikan daripada pelaksanaan caj parkir, Rahilah berkata, pelaksanaan zon parkir dilakukan secara berperingkat.

 

Beliau berkata, untuk permulaan fasa pertama, sebanyak 6,090 atau 18 peratus daripada jumlah keseluruhan tapak diwartakan sebagai zon parkir berbayar.

 

Menurut beliau, sebanyak 33,858 jumlah tapak parkir di bawah penyelenggaraan MDKS berdasarkan pembangunan sedia ada di daerah itu.

 

"Fasa pertama kawasan yang dikenakan caj adalah kawasan-kawasan strata berkepadatan tinggi jumlah kenderaan yang menggunakan ruang parkir.

 

"Penambahan kawasan pewartaan zon parkir berbayar akan dilaksanakan untuk fasa seterusnya secara berperingkat dan sebarang perubahan atau penambahan akan dimaklumkan kepada penduduk daripada masa ke semasa," katanya.

 

Orang ramai boleh mendapatkan info terkini mengenai zon kawasan parkir berbayar melalui laman rasmi Facebook MDKS atau di laman sesawang www.mdks.gov.my.

 

Sinar Harian sebelum ini melaporkan MDKS diminta memberi penjelasan kepada rakyat berhubung dakwaan beberapa kawasan di daerah itu dikecualikan daripada pelaksanaan caj parkir berbayar yang mula dilaksanakan sejak 3 September lalu.

 

Noh berkata, beliau hairan mengapa tempat tertentu seperti di Pasir Penambang tidak dikenakan caj parkir terbabit.
 

 


Kemaskini pada 2019-09-12 10:06:55 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page