Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : Jeritan selamatkan pencari siput

Wartawan Sinar Online II  12 FEBRUARI  2019

 
       

SUNGAI YU-   Bunyi jeritan meminta tolong yang sayup-sayup dari dalam hutan bakau akhirnya membantu mengesan pencari siput yang dilaporkan hilang sejak petang, kelmarin.

 

Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Selangor, Muhammad Hafizzuddin Fauzi berkata, dia bersama sekumpulan anggota bomba cuba mencari mangsa selepas dilaporkan hilang.

 

"Kami mula berpecah dan mencari ke lokasi terakhir mangsa dilihat di dalam hutan bakau terbabit dengan keadaan agak gelap sebab masa tu nak maghrib.

 

"Bila tercari kesan mangsa, kami terdengar bunyi jeritan minta tolong dan cepat-cepat pergi ke arah tu sebelum nampak mangsa terbaring keletihan.

 

"Saya dapat dengar mangsa cakap dia tak larat nak jalan sebab kaki kejang dan berpaut pada akar pokok sambil menjerit sekuat hati meminta tolong," katanya yang membantu mengeluarkan mangsa dengan selamat.

 

Mangsa, Sharizan Sabirin, 39, selamat ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan dibawa mendapatkan rawatan lanjut selepas dilaporkan lemah.

 

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan bersama empat pencari siput yang lain masuk ke dalam hutan bakau melalui Jalan Surau 2, Kampung Sungai Yu untuk mencari siput.

 

Mereka dikatakan masuk ke dalam hutan terbabit pada jam 8pagi bagaimanapun hanya empat pencari. siput sahaja keluar tanpa menyedari mangsa tidak keluar bersama.

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan MD Asri A Wahab berkata, usaha mencari dilaksanakan lebih awal sebelum ahli kumpulan itu membuat panggilan kecemasan melalui mers 999.

 

"Pada jam 5.46 petang, bilik Gerakan IPD Kuala Selangor melakukan hebahan berkaitan kehilangan lelaki terbabit kepada pihak berkaitan dan kunjungan Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor bersama APM dan bomba ke lokasi kejadian.

 

"Seramai 15 orang awam, 11 pegawai dan anggota bomba, lapan APM dan lima pegawai serta anggota polis dikerahkan dalam misi mencari dan menyelamat di kawasan hutan terbabit pada jam 7 petang.

 

"Pada jam 7.40 malam, mangsa berjaya ditemui pasukan penyelamat dalam jarak dua kilometer," katanya kepada Sinar Harian hari ini.


Kemaskini pada 2019-02-12 08:58:38 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page