Berita : Sultan Selangor kurnia pingat kehormatan sempena ulang tahun ke-79 Memaparkan Pengumuman di Tab Baru

Wartawan Sinar Harian II  15 MEI  2025

 
       

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, berkenan mengurniakan Pingat-Pingat Kehormatan Negeri Selangor Darul Ehsan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang ke-79.

Majlis istiadat yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah di sini pada Rabu, disempurnakan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, bagi mewakili Sultan Selangor.

 

Seramai 115 individu dari daerah Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Sepang menerima penganugerahan pingat atas jasa dan sumbangan mereka kepada negeri dan masyarakat.

 

Antara pingat yang dikurniakan ialah Pingat Kecemerlangan Sukan Selangor (P.K.S), yang diterima oleh Muhammad Afifi Nordin atas pencapaiannya dalam bidang sukan.

 

Turut dianugerahkan, Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T) kepada 10 penerima iaitu PWI (B) Mohd Aniff Mohd Aslam, Staf Sarjan Mohd Faizol Jaafar, Hezreen Mazura Jamel, Nor Azlin Othman, Junainah Abdullah, Haifah Yusof, Irwan Suhardi Mohd Nejib, Norliza Masri, Norsaini Mat Isa dan Siti Fauziah Dollah Hamdani @ Abd Ghani.

 

Selain itu, Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C) dikurniakan kepada 18 penerima, Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) kepada 114 penerima, dan Pingat Perkhidmatan Selangor (P.P.S) kepada 12 penerima.

 

Majlis penuh istiadat itu berlangsung dengan tertib dan gemilang, mencerminkan penghargaan Kerajaan Negeri Selangor kepada individu-individu yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam perkhidmatan dan pengabdian kepada masyarakat.

Diterbitkan pada 15 May, 2025 Diterbitkan Oleh 1