Berita : Sultan Selangor berkenan rasmi Masjid Taman Alam Jaya Memaparkan Pengumuman di Tab Baru

Wartawan Sinar Harian II  11 APRIL 2023

 
       

SHAH ALAM-   Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Masjid Taman Alam Jaya, Puncak Alam sempena program berbuka puasa bersama rakyat di Kuala Selangor.

Baginda diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

 

Beberapa keping gambar sempena majlis berkenaan dikongsikan melalui hantaran di laman Facebook rasmi Selangor Royal Office pada Ahad.

 

Menurut Selangor Royal Office, Masjid Taman Alam Jaya itu mampu menampung kira-kira 2,000 jemaah dalam satu-satu masa itu menelan belanja sebanyak RM10.3 juta.

 

"Pada majlis sama, baginda berkenan menyerahkan sumbangan Aidilfitri berjumlah RM272, 000 kepada 544 penerima terdiri daripada fakir, miskin dan mualaf.

 

"Baginda turut berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah lebih RM6.177 juta daripada empat syarikat termasuk agensi kerajaan negeri," menurut Selangor Royal Office menerusi hantaran tersebut.

Baginda turut berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah lebih RM6.177 juta daripada empat syarikat termasuk agensi kerajaan negeri - Gambar Facebook Selangor Royal Office pada Ahad.

 

 

Diterbitkan pada 11 April, 2023 Diterbitkan Oleh Administrator