Maklumbalas II Hubungi Kami || Soalan Lazim (FAQ) || Peta Laman || Kajian Kepuasan Pelanggan

Imbas QR Kod bagi
melayari Portal Rasmi
menggunakan mobil
 [ x ]

qr

Kami Ingin Mendengar Pendapat Anda...

klik untuk sertai kami >>


Kalender PDTKS

w3c logo
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
 jata  jata2  new_title_6

selangorku 

Sejarah Daerah Kuala Selangor

 
                           

SEJARAH DAERAH KUALA SELANGOR

1. Sultan Selangor Pertama ( 1743 - 1778 diperintah oleh Sultan Sallehuddin )

2. Sultan Selangor Kedua ( 1778- 1826  diperintah oleh Sultan Ibrahim ). Semasa pemerintahan baginda, Kuala Selangor dijajah oleh Belanda pada tahun 1784 dan Inggeris pada tahun 1818

3. Sultan Selangor Ketiga ( 1826-1857 diperintah oleh Sultan Muhammad ). Pada tahun 1827  berundur ke Jugra. Baginda mangkat pada tahun 1857.

 

SEJARAH AWAL KUALA SELANGOR

Nama Selangor bermula dari Kuala Selangor, sebuah pekan di pinggir Sungai Selangor. Timbulnya nama Selangor adalah sempena sungainya. Kuala sungai ini dinamakan Kuala Selangor. Zaman dahulu memang telah menjadi kebiasaan orang menamakan sesuatu tempat itu dari nama sungai. Sebagaimana yang diketahui mereka tinggal di tebing sungai yang menjadi alat perhubungan ketika itu. 

 

SEJARAH KESULTANAN

Sebagaimana yang tertulis di atas bahawa sebelum Kuala Selangor mempunyai sultan tempat ini telah pun didiami oleh orang laut diketuai oleh Upu Chendera Burung. Kisah ini berlainan jika dikaitkan dengan Selangor seluruhnya. Kalau berpandukan kepada kesultanan pertama memanglah tiada siapa dapat menafikan bahawa Raja Lumu yang bergelar Sultan Salahuddin itu merupakan Yang DiPertuan Kuala Selangor (Selangor) pertama.


Walaupun ada setengah pendapat mengatakan bahawa Raja Lumu bukannya sultan pertama di Selangor kerana sebelum Raja Lumu datang di Selangor telah ada yang memerintahnya. Malah keterangan itu mendakwa di Klang telah lebih awal mempunyai ketua, Datuk Engku Klang.Datuk Engku Klang dikatakan berasal dari Negeri Sembilan, anak Sultan Johor. Dalam keterangan yang sama juga menjelaskan bahawa di Kuala Selangor telah ditadbir oleh Datuk Penggawa, Langat Datuk Aru, Ulu Langat dipimpin oleh Datuk Engku Kelang dan Klang pula ditadbir oleh En Chik Yang Tujuh.

Berpandukan dari keterangan ini nyatalah bahawa pimpinan Datuk Engku Klang tidak meliputi Kuala Selangor, beliau hanya berkuasa di sepanjang Sungai Klang sahaja

 

KESULTANAN AWAL

Kesultanan awal Selangor juga bermula dari Kuala Selangor kerana kesa-kesan yang membuktikan pendapat ini masih terdapat di Kuala Selangor hingga sekarang ini. Akhir K.M 17 di Kuala Selangor telah mempunyai Yam Tuan iaitu seorang raja dari negeri Gua Tanah Bugis bernama Arang Pasarai dan anaknyalah yang berkahwin dengan Daeng Perani, salah seorang anak raja Bugis lima bersaudara kemudiannya mendapat puteri Berima.

Daeng Perani dengan bantuan saudara-saudaranya pergi membantu Sultan Kedah kerana rebutan kuasa. Dalam pertempuran ini Daeng Perani mangkat kena tembak. Seorang lagi dari Raja Bugis itu ialah Daeng Chelak berkahwin dengan Tengku Mandak adinda kepada Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah ( 1722-1760) Johor. Apakala Daeng Chelak bertugas ke Riau sebagai Yam Tuan Muda Riau ke 11 dalam tahun 1730an, seorang Bugis bernamaDaeng Mateko yang berbaik dengan Raja Siak mengacau ketenteraman Selangor.

Ini menjadikan Daeng Chelak datang ke Kuala Selangor dengan angkatan perang dari Riau. Daeng Mateko dapat dikalahkan kemudiannya beliau lari ke Siak. Dari semenjak itulah daeng Chelak sentiasa berulang-alik dari Riau ke Kuala Selangor. Lalu berkahwin dengan Daeng Masik Arang Pala kemudian dibawa ke Riau.

Tahun 1742 Daeng Chelak ke Kuala Selangor dengan orang Bugis menyerang Perak dan beberapa ketika disana kemudian ke Selangor. Waktu inilah datang rombongan anak buahnya dari Riau memanggil Daeng Chelak pulang ke Riau dan mangkat dalam tahun 1745.

Ketika Daeng Chelak berada di Kuala Selangor penduduk Kuala Selangor memohon kepada beliau supaya terus menetap di situ sahaja. Walau bagaimana pun Daeng Chelak telah menamakan salah seorang daripada puteranya iaitu Raja Lumu datang ke Kuala Selangor.

Pendapat yang lain pula menyebut, dalam tahun 1743 Raja Lumu telah belayar dari Riau untuk mencari negeri batu ke utara Melaka. Turut serta dalam rombongan itu ialah Daeng Loklokdan beberapa orang pengikutnya. Disebabkan keputusan air minum, rombongan ini pun singgah di sebuah pulau kononnya itu ialah Pulau Angsa sekarang ini. Di situ tidak terdapat air tawar untuk dijadikan minuman lalu singgah dan masuk menyusur ke Sungai Selangor. Setelah sampai ke suatu gelanggang menyabung ayam, jong pun berlabuh. Kedatangan Raja Lumu ini disambut baik oleh anak-anak tempatan kerana beliau dari keturunan Bugis, sebagaimana sumpahan mereka.

Hasrat untuk mencari air tawar untuk miniman itupun luput dari fikiran Raja Lumu bila penduduk tempatan meminta baginda menjadi ketua mereka. Permintaan ini dipersetujui oleh Raja Lumu. Sebagai menyampaikan hajat Raja Lumu, sebuah kolam air tawar di kaki bukit di pinggir Sungai Selangor telah ditunjukkan kepada baginda. Pengakuan dari Raja Lumu inilah berpuncanya kesultanan awal di Kuala Selangor. Raja Lumu dilantik menjadi Yang DiPertuan Selangor pertama, Daeng Loklok dilantik menjadi Datuk Maharaja Lela.

Berita yang mengatakan Raja Lumu anak Daeng Chelak dari Bugis menjadi Yang DiPertuan Selangor itu sampai pula dari pendengaran Sultan Muzaffar Syah di Perak, ketika itu bersemayam di Beruas.

Sultan Muzaffar Syah pun menghantar utusan untuk mempersilakan Raja Lumu barangkat ke Kuala Bernam sebagai pertemuan dengan baginda. Ketibaan Raja Lumu disambut dengan penuh istiadat raja besar-besaran dengan pukulan nobat dan tiupan nefiri. Acara ini dilakukan dengan tujuan sebagai ujian kepada Raja Lumu, adakah beliau benar-benar berketurunan raja yang berdaulat. Setelah semua ujian itu tidak mendatangkan apa-apa bencana terhadap Raja Lumu, baginda Sultan Muzaffar Syah pun mengesahkan perlantikan tersebut. Seterusnya dinobatkan dan bergelar Sultan Salehuddin Syah, sementara Daeng Loklok digelar Datuk Maharaja Lela Husin.

Pertabalan penuh sejarah itu dilakukan di Pulau Pangkor dalam tahun 1756. Selesai sahaja pertabalan, Sultan Salehuddin Syah pulang ke Kuala Selangor. Itulah Sultan Selangor yang pertama bersemayam di atas Bukit Selangor yang dikenal dengan nama Bukit Malawati. Menurut Tuffatul al Nafis karangan Almarhum Raja Ali Al Haji, Riau, disitu ketika Tengku Raja Selangor (Raja Lumu) pergi bermain ke Pulau Pangkor, Raja Lumu dijemput oleh Yang DiPertuan Perak untuk mengadap. Dalam perundingan di antara kedua pihak itu bersetuju melantik Tengku Raja Selangor menjadi Yang DiPertuan Besar Selangor digelar Sultan Salehuddin. Kemudian Sultan Salehuddin pun berangkat pulang ke Kuala Selangor diiringi sendiri oleh Yang Dipertuan Besar Perak.

Setelah sampai ke Kuala Selangor Sultan Salehuddin pun ditabalkan dihadapan rakyak Selangor dengan penuh istiadat. Dari sejak itu antara keduanya menjadi sahabat baik sentiasa berutusan. Malangnya dalam buku ini tidak menyebutkan siapakah nama Yang DiPertuan Perak pada ketika itu, tetapi jika memandangkan kepada nama Yang DiPertuan Selangor yang ditabalkan itu ialah sultan Salehuddin memerintah tahun 1756 hingga 1778.

Tetapi Sejarah Melayu v ditulis oleh Buyong Adil dalam The Malay School Series 1952 menyebut Sultan Selangor itu memerintah dalam tahun 1743-1770. Ketika itu baginda berangkat ke Perak dan dinobatkan oleh Sultan Perak bergelar Sultan Salehuddin. Begitu juga dalam sebuah buku cenderamata Selangor 1939 yang bertulis dalam tulisan jawi, diruangan salahsila Sultan Selangor bertulis Siltan Salehuddin memerintah dalam tahun 1743. Walau bagaimanapun sekiranya benar yang dinobatkan Raja Lumu, memanglah jelas penabalan baginda berkisar dari tahun 1743-1756. Memandangkan pada tarikh ini nyatalah pula Yang DiPertuan Perak ketika itu Raja Inu bergelar Sultan Muzaffar Shah 111 memerintah 1728-1756. Mengikut buku Misa Melayu yang ditulis oleh Raja Chulan bin Raja Ab. Hamid, semasa Perak diperintah oleh Sultan Mahmud Syah, Raja Selangor datang mengadap ke Perak. Ketika ini Raja Selangor dinobatkan dan terus dikurniakan gelaran Sultan Salehuddin dengan mengurniakan cap mohor.

Kenyataan dari buku Misa Melayu ini agak berbeza dengan pendapat-pendapat lain, tetapi kemungkinan ada sedikit persamaannya dengan keterangan buku yang ditulis oleh Barbara Watson Andaya, Perak bertajuk The Abode of Grace, terbitan Oxford University Press 1979. Buku ini menyebut Raja Kimas atau Sultan Mahmud Syah Perak yang mengistiharkan Raja Lumu sebagai pemerintah bebas Selangor. Tetapi kenyataan ini boleh juga dianggap pengistiharannya sebagai pemerintah bebas sahaja dilakukan oleh Sultan Mahmud, sebagai mengukuhkan kedudukan Raja Lumu Selangor. Kemungkinan juga pengistiharan penabalan ini dilakukan sebagai membebaskan diri Raja Lumu dari cenkaman Johor dan Riau pada ketika itu. Keterangan ini berkemungkinan ada benarnya kerana memandangkan tarikh yang disebut di atas tadi, Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah Johor dan Riau apabila berkirim surat kepada Raja Lumu, baginda menggunakan gelaran Sultan Salehuddin.

Sejarah Johor ini juga ada mengatakan pada 30hb. January, 1756, Sultan Sulaiman (Johor) berangkat ke Riau. Pada tahun itu juga didapati bermulanya gelaran raja pemerintah Selangor itu Sultan Salehuddin iaitu abang Raja Haji, putera Daeng Chelak Yamtuan Muda Riau Kedua. Memandangkan dari keterangan-keterangan tadi jelaslah bahawa Raja Lumu dinobatkan oleh Sultan Muzaffar Syah 111 Perak kira-kira sebelum tahun 1756. Menyentuh mengenai kepulangan Sultan Salehuddin Selangor selepas diistiharkan menjadi Yang DiPertuan Selangor juga terdapat beberapa perbezaan : Mengikut Tuhfakul al Nafis kepulangannya diiringi oleh Yang DiPertuan Perak. Sementara dalam buku Misa Melayu pula mengatakan selepas Raja Lumu dinobatkan bergelar Sultan Salehuddin, baginda kemudiannya berangkat mendapatka Rja Haji yang sedang berperang ke negeri Kedah.

Begitu juga dalam Sejarah Alam Melayu V menyebut, Raja Lumu Selangor datang ke Perak dan meminta gelaran kepada Yang DiPertuan Perak, tetapi tidak menyebut siapakah pengiringnya waktu pulang ke Selangor.

Mengikut suatu pendapat cara lisan jika menganalisa dari peribadi Raja Lumu, sebelum dianya bergelar baginda telah berkahwin dengan salah seorang puteri Perak. Jika ini benar tidaklah syak lagi ada kebenarannya Yang Dipertuan perak mengiringi baginda pulang ke Selangor. Lebih-lebih lagi Raja Lumu semasa berada di Perak hanya menerima gelaran sahaja, sedangkan penobatannya berlangsung di Kuala Selangor, yakni di hadapan rakyat Selangor. Memang ada kemungkinan Yang DiPertuan Perak turut menyertai upacara itu.


 
page >> 2 I 3

 
                           

Kemaskini pada 2016-06-30 14:54:21 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

  footer

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR,

45000 Kuala Selangor

Telefon : 03-32891010 II Fax : 03-32892145 II E-mel : ksel[at]selangor.gov.my

:: HAK CIPTA TERPELIHARA © 2016 PEJABAT DAERAH/TANAH KUALA SELANGOR ::

Paparan terbaik menggunakan: IE9 ke atas/
Firefox 11 ke atas /Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan | Hak Cipta |

Mengenai Kami | Bantuan | W3C | Penafian

iso

Certified to ISO 9001: 2008


Certified to ISO 9001:2008

Hari IniHari Ini97
Jumlah PelawatJumlah Pelawat294283
Total count : 294283 Tarikh Kemaskini : 17-12-2017