JADUAL PERHIMPUNAN PAGI 2020 PEJABAT
Pejabat Daerah / Tanah Kuala Selangor (PDTKS) akan mengadakan perhimpunan bulanan yang melibatkan semua warganya berkumpul untuk mendengar taklimat dari Tuan Pegawai Daerah dan mengetahui perkembangan semasa di PDTKS. Perhimpunan diadakan setiap bulan bertujuan menjadikan pertemuan tersebut sebagai pendekatan untuk menyampaikan maklumat terkini serta menyentuh soal integriti semua kakitangan yang berkhidmat. Perhimpunan ini dapat mengeratkan silaturrahim di antara kakitangan di unit-unit berbeza dan dapat memuhasabahkan diri dengan setiap teguran, informasi serta pembaharuan seterusnya menjadikan setiap kakitangan bekerja dengan penuh tanggungjawab dan berdisiplin.
|
Kemaskini pada 2020-06-29 10:51:03 daripada Administrator