Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : Padah guna timbang tak sah

Wartawan Sinar Online II 25 Februari 2018

 
       

KUALA SELANGOR- Tiga peniaga berdepan tindakan kompaun selepas didapati melakukan kesalahan menggunakan alat timbang yang tidak ditentu sahkan dalam operasi KPDNKK Kuala Selangor di daerah ini.

 

Ketua Penguatkuasa KPDNKK Kuala Selangor, K Ramesh menjelaskan, kesalahan tiga peniaga terbabit di bawah Seksyen 14(6) Akta Timbang dan Sukat 1972 kerana menggunakan alat timbang neraca spring yang tidak ditentusahkan.

 

Menurutnya, operasi KPDNKK dilaksanakan dari masa ke semasa bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan dan bukannya peka terhadap operasi skim kawalan harga semata-mata.

 

“Ini kerana dalam operasi skim kawalan harga yang dilaksanakan 12 hari sempena musim perayaan itu, KPDNKK Kuala Selangor mengambil tindakan kompaun kepada 10 peniaga.

 

“Seramai 10 peniaga ini didapati gagal meletakkan tanda harga pada barang jualan yang dipamerkan walaupun barangan itu tidak terlibat dalam senarai harga terkawal.

 

“Mereka sepatutnya peka perkara ini kerana harga perlu dipamerkan bagi membolehkan pengguna membandingkan harga dan bimbang jika harga dikenakan melampau tinggi,” katanya, hari ini.

 

Mengulas lanjut mengenai operasi skim kawalan harga secara menyeluruh di daerah ini, Ramesh berkata, operasi itu melibatkan pemeriksaan sebanyak 412 premis perniagaan.

 

“Dalam operasi itu, seramai 29 peniaga didapati masih gagal mematuhi skim kawalan harga ini kerana tidak meletakkan tanda harga warna merah jambu pada barang jualan.

 

“Manakala lagi empat peniaga pula gagal meletakkan tanda pada barangan yang terlibat dalam senarai harga terkawal. Kecuaian ini menyebabkan mereka dikenakan kompaun serta merta,” katanya.

 

Katanya, tindakan kompaun ini sebagai pengajaran buat peniaga supaya sentiasa peka dengan undang-undang dan memastikan mereka mematuhi skim ini pada masa akan datang.

 

“Ini kerana skim kawalan harga ini dilaksanakan setiap musim perayaan dan sewajarnya mereka sudah maklum perkara ini dan tidak mengulangi kesalahan sama.

 

“Kompaun maksimum RM50,000 boleh dikenakan kepada mana-mana peniaga yang didapati sengaja melanggar skim kawalan harga ini iaitu kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum.

 

“Dan sekiranya dituduh di mahkamah, boleh didenda maksimum sehingga RM100,000 atau penjara tiga tahun. Bagi syarikat pula, boleh dikompaun maksimum RM250,000 dan didenda maksimum RM500,000.

 

“Bagi kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal pula, boleh dikompaun maksimum RM5,000 dan sekiranya dituduh di mahkamah, didenda maksimum RM10,000.

 

“Bagi syarikat pula, kompaun maksimum boleh dikenakan sebanyak RM10,000 dan denda maksimum RM20,000. Saya berharap peniaga tidak mengulangi kesalahan sama lagi,” katanya kepada Sinar Harian.

 


Kemaskini pada 2018-02-26 09:32:46 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page