Kesemua mangsa termasuk seorang bayi berusia enam bulan, Aniq Anaqi Muhammad Fazzli dikebumikan dalam satu liang lahad bersama ibunya, Munirah Abd. Rahim, 30, kira-kira pukul 9 malam selepas disembahyangkan di Masjid Jamek At-Tuqa. 


Turut dikebumikan dalam liang lahad yang sama ialah Abd. Rahim Abd. Ghani, 51, serta Siti Fatimah Amat, 55, yang merupakan ibu bapa kepada Munirah. Terdahulu, kesemua jenazah mangsa dibawa dari Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam selepas dimandi dan dikafankan di hospital berkenaan. 

 

Sementara itu, suasana hiba dan sayu menyelubungi di tanah perkuburan yang dihadiri kira-kira 300 orang terdiri daripada ahli-ahli keluarga, rakan-rakan mangsa termasuk masyarakat setempat. - UTUSAN ONLINE.

 

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/selangor/jenazah-empat-beranak-dikebumi-dalam-satu-liang-lahad-1.604170#ixzz56NXWh7fV 
© Utusan Melayu (M) Bhd