Pengurus Operasi Bahagian Sumbangan dan Promosi YIDE, Md Ariffin Jaafar berkata, sumbangan ini adalah satu inisiatif YIDE dan kerajaan negeri bagi meringankan beban mangsa banjir yang terjejas.

 

“YIDE melahirkan kesyukuran kerana tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan menasihatkan kepada mangsa banjir ini supaya menjaga kesihatan khususnya minum air mineral atau air yang dimasak untuk mengelakkan gangguan kesihatan.

 
 

“Saya juga memohon agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) Selangor untuk terus menyalurkan sumbangan supaya mereka yang terjejas ini dapat kembali membina kehidupan baru dengan lebih baik,” katanya.