Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : Kematian penduduk akibat denggi beri kesan

Wartawan Sinar Online II 29 JANUARI 2018

 
       

KUALA SELANGOR –  Bimbang kesihatan murid terancam, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah Agama (SRA) Assam Jawa bersama pimpinan kampung mengambil pendekatan proaktif membendung wabak denggi.

 

Yang Dipertuanya, Sarifudin Md Yusof menjelaskan, pihaknya terkesan apabila dilaporkan seorang penduduk meninggal dunia akibat wabak denggi ditambah pula dua pekerja kantin sekolah itu positif denggi.

 

“Musibah ini agak mengejutkan kerana dua pekerja kantin pun dilaporkan positif wabak denggi dan perkara seumpama ini sewajarnya perlu diberikan perhatian sebaik mungkin.

 

“Bagi saya, mungkin disebabkan sistem perparitan kawasan persekitaran tidak sempurna ditambah berhampiran kebun kelapa sawit mungkin menjadi punca permasalahan ini.

 

“Kita tak tahu punca sebenar penularan wabak denggi, sebab itu aktiviti gotong-royong diadakan secara aktif bagi mengenal pasti habitat sebenar nyamuk aedes ini,” katanya.

 

Sementara itu, Ketua Kampung Assam Jawa, Ramli Yusuf turut memaklumkan pihaknya turut mengadakan perjumpaan dengan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor berhubung isu sama.

 

“Perjumpaan baru-baru ini juga membincangkan isu ini dan jawatankuasa kampung mewujudkan pasukan task force bagi membendung wabak denggi dari terus menular.

 

“Usaha ini dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO), Team Selangor bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor untuk terjah rumah yang berisiko terdedah dengan wabak denggi.

 

“Saya difahamkan, aktiviti foging juga sudah dilakukan bagi membendung masalah ini dan diharapkan penduduk tidak panik dan bersama menjaga kebersihan rumah masing-masing,” katanya.

 

Bagi Penghulu Mukim Api-Api/Ijok, Husain Idris menasihatkan semua penduduk supaya sentiasa menjaga kebersihan rumah masing-masing dan memastikan tiada bekas bertakung.

 

“Penduduk dinasihatkan supaya memastikan tiada longkang bertakung dan kena pastikan air mengalir sempurna sebab takut boleh menjadi habitat nyamuk denggi.

 

“Saya juga harap penduduk peka dengan habitat nyamuk aedes ini yang boleh berada di kawasan kolah air, pasu bunga dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian.


Kemaskini pada 2018-01-29 15:32:36 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page