Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : 5 pusat simpanan stabilkan harga ikan

Wartawan Utusan Online II 14 JANUARI 2018

 
       

KUALA SELANGOR – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) melantik lima persatuan nelayan di lima buah negeri bagi mewujudkan pusat simpanan ikan segar beku sekali gus memastikan harga ikan di seluruh negara sentiasa stabil.

 

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim berkata, lima persatuan itu adalah Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) dengan lokasi bilik sejuk di Kuala Lumpur, Persatuan Nelayan Negeri Kedah (bilik sejuk di Kuala Kedah) dan Persatuan Nelayan Kawasan Besut (bilik sejuk di Kuala Besut, Terengganu).

 

Bagi kawasan Malaysia Timur pula katanya, LKIM melantik Persatuan Nelayan Sarawak (bilik sejuk di Kuching, Sibu dan Miri) serta Persatuan Nelayan Kawasan Kota Kinabalu yang akan menguruskan bilik sejuk di Kota Kinabalu, Sabah.

 

Menurutnya, fokus spesies ikan yang akan disimpan adalah ikan kembung dan pelaling yang merupakan ikan pilihan utama kebanyakan rakyat negara ini.

“Simpanan ikan-ikan ini kemudiannya akan dilambakkan di pasaran dengan dihantar ke lokasi terpilih iaitu ke pasar tani dan jualan langsung ikan bagi memastikan bekalan ikan di seluruh negara sentiasa mencukupi.

 

“Ini akan menstabilkan harga ikan di pasaran sekali gus memberi pilihan kepada pengguna untuk membeli sama ada ikan segar, ikan segar beku yang ditangkap nelayan tempatan atau ikan sejuk beku yang diimport,” katanya ketika ditemui dalam Program Jualan Ikan Segar dan Q’Fish Harga Patut di Kampung Bukit Kuching di sini hari ini.

 

Irmohizam dalan pada itu memberi jaminan bekalan ikan mencukupi untuk perayaan Tahun Baru Cina bulan depan meskipun pendaratan ikan segar di beberapa buah negeri kini berkurangan ketika ini.

 

“Kita akan menggunakan stok ikan sejuk beku Q’Fish bagi memenuhi permintaan terhadap bekalan ikan semasa terutamanya ikan rakyat se­perti ikan kembung, pelaling dan cencaru.

“LKIM juga telah melaksanakan larangan eksport ikan rakyat termasuk ikan bawal putih sehingga bulan depan,” ujarnya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/5-pusat-simpanan-stabilkan-harga-ikan-1.590381#ixzz54D75ACwV 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

 


Kemaskini pada 2018-01-15 08:59:44 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page