Wartawan Sinar Online II 09 JANUARI 2018
BESTARI JAYA – Siapa sangka, masih ada lagi keluarga yang bergantung hidup dengan generator untuk mendapatkan bekalan air dan api lebih 15 tahun di Jalan Lapis 9, Batu 8, Kampung Raja Musa, di sini.
Lebih menyulitkan, kedudukan rumah terpencil bersebelahan Hutan Simpan Raja Musa itu menjadikan keluarga itu sukar untuk memohon kemudahan asas dan dikatakan perlu membayar sejumlah wang untuk memasang tiang elektrik.
Pasangan suami isteri, Ismail Osman, 55, dan Basriah Mahyudin, 65, tegar menghuni rumah itu sejak 2000 lagi dengan tiada api dan air memandang hanya itu satu-satunya tanah milik keluarga.
Menurut Basriah, sebelum ini dia hanya tinggal bersama suaminya di rumah itu selepas berpindah dari Pahang sejak 2000 lagi dan membina rumah di atas tanah milik keluarga.
“Memang tak nafikan memang jauh dari jalan besar dalam anggaran jauh 1.5 kilometer dengan rumah paling dekat…nak buat macam mana sini saja tanah yang makcik ada.
“Tak akan makcik nak pindah tempat lain semata-mata alasan susah nak masukkan api dan air. Makcik sedih bila kata nak kena bayar untuk satu tiang lampu RM300 kalau nak api,” katanya.
|
Kemaskini pada 2018-01-12 08:59:36 daripada Administrator