Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : MDKS sita 11 lori angkut sampah

Wartawan Sinar Online II 28 DISEMBER 2017

 
       

IJOK – Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) mengambil tindakan tegas termasuk menyita 11 lori yang digunakan untuk aktiviti pelupusan sampah haram di Kampung Seri Sentosa, di sini.

 

Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MDKS, Mohamad Yusli Askandar berkata, kawasan terbabit disalahgunakan dan dijadikan tapak pelupusan sampah haram oleh pihak tidak bertanggungjawab.

 

“Tindakan sitaan dilaksanakan di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MDKS) 2007 dan kompaun maksimum sehingga RM1,000.

 
 

“Jika disabitkan kesalahan, pihak terbabit boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tak melebihi satu tahun atau kedua-keduanya sekali dan boleh dikenakan tambahan denda maksimum RM200 bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan,” katanya.

 

Menurutnya, notis dan kompaun dikeluarkan kepada semua pemilik tanah di sekitar kawasan terbabit yang berterusan menjadikan tanah milik mereka menjadi tapak pelupusan sampah haram.

 

 

“Pada masa sama, MDKS memanjangkan perkara ini kepada Pejabat Tanah Daerah Kuala Selangor untuk menyemak semula status tanah tersebut supaya tindakan yang tegas dapat diambil terhadap tuan tanah.

 

“MDKS turut melakukan pemantauan susulan secara berkala dan berterusan dari masa ke semasa bagi membendung aktiviti pembuangan sampah di kawasan yang terbabit.

 

Mohamad Yusli berkata, tindakan pantas turut diambil apabila berlaku kebakaran di kawasan pelupusan haram tersebut bermula 24 Disember lalu dan berjaya dipadamkan pada 25 Disember lalu.

 

“Bantuan Skuad Pantas MDKS memadam api dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Sukarelawan Bomba Saujana Utama.

 

“Kerjasama orang ramai diperlukan supaya tidak membuang sampah di kawasan tersebut selepas ini dan melaporkan segera kepada MDKS jika melihat perkara ini berulang,” katanya.

 

Menurutnya, masyarakat setempat digalakkan untuk menyalurkan aduan secara online berkaitan perkhidmatan MDKS pada sistem dalam talian SPARks atau Sistem Talian Aduan Rakyat Selangor (STARS).

 

Sebelum ini, kes kebakaran sampah dilaporkan berulang di tapak pelupusan sampah haram di Kampung Seri Sentosa terbabit sehingga menyebabkan kepulan asap tebal.

 

Hasil maklumat orang ramai, tiga anggota APM Daerah Kuala Selangor bergegas ke lokasi kejadian pada jam 9.50 pagi pada 25 Disember lalu untuk bantuan pemadaman api.

 

APM membantu BBP Bestari Jaya, Skuad Pantas MDKS dan Sukarelawan Bomba Saujana Utama untuk membuat direct attack’di dua lokasi kebakaran sebelum api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

 


Kemaskini pada 2017-12-29 11:34:39 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page