Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : Premis Proses Makanan Terbakar

Wartawan Utusan Online II 28 DISEMBER 2017

 
       

KUALA SELANGOR – Sebuah premis memproses makanan hampir musnah dalam kejadian kebakaran di Pekan Sungai Buloh dekat Jeram, di sini petang ini.

 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor, Al Hafiz Asmuni berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang ramai mengenai kejadian itu kira-kira pukul 4.10 petang sebelum tiba di lokasi kejadian 15 minit kemudian bersama tiga buah jentera FRT serta 20 anggota termasuk pegawai.

 


"Semasa kejadian, kita dapati api sedang marak dan menyebabkan 70 peratus premis berkeluasan 266 meter persegi itu musnah.

 

 

"Bagaimanapun, api berjaya dikawal dalam tempoh 10 minit kemudian dengan bantuan daripada BBP dari Kapar dan Bestari Jaya," katanya, di sini hari ini.

Tambah Al Hafiz, tiada kemalangan dijiwa dilaporkan manakala kesemua pekerja premis terbabit berjaya melarikan diri sebaik sahaja kejadian itu berlaku.

Setakat ini pihaknya masih menyiasat punca sebenar kejadian termasuklah anggaran nilai kerugian sebenar.

 


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/premis-proses-makanan-terbakar-1.580883#ixzz52cK2i120 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

 


Kemaskini pada 2017-12-29 11:30:14 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page