Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjelaskan, pihaknya terpanggil untuk menyelami permasalahan nelayan luar bandar yang berdepan kesulitan disebabkan penggunaan pukat yang tidak sesuai sekali gus menjejaskan hasil pendapatan mereka.

 
 
 
 
 

 

Menurutnya, keluhan nelayan pesisiran pantai yang tidak boleh menggunakan pukat sedia ada seperti syarat yang dikenakan dalam lesen jelas memberi kesan kepada mereka.

 
 
 

“Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) wajar melihat perkara ini dengan lebih serius kerana nelayan mendakwa pendapatan mereka terjejas.

 

 

“Bagaimanapun, saya akan bawa isu ini dalam sidang Parlimen akan datang supaya dapat dipertimbangkan semula,” katanya selepas meninjau Jeti Kampung Assam Jawa.