Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Sudah lali bahang api

Wartawan Sinar Online II 02 OKTOBER 2017

 
       

TANJONG KARANG –  BERKAT doa ibu yang menginginkan anaknya bekerja beruniform mendorong Zuraini Mohamed Rawian, 45, cekal menempuhi pelbagai cabaran demi menggalas Pegawai Bomba Kanan II sejak 24 tahun lalu.

 

Berkhidmat dalam kalangan lelaki dengan tugas yang cukup mencabar membuatkan ibu anak lima itu cukup ‘sado’ lebih-lebih lagi menyelia pasukan B Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang.

 

Tidak ramai sebenarnya wanita memilih kerjaya sebagai anggota bomba dengan tugas cukup besar berdepan misi menyelamat mangsa dalam musibah kebakaran, kemalangan, lemas dan ancaman haiwan buas.

 
 

“Asalnya saya tak tahu pun golongan wanita boleh menjawat jawatan bomba ini sebab memikirkan risiko dan bahaya yang perlu ditempuh sepanjang tempoh berkhidmat.

 

“Untuk makluman, saya adalah batch kedua untuk unit bombanita yang pada masa itu pengambilan hanya ambil 20 ahli wanita saja dan memang semua latihan dan kerja menyelamat tak ubah seperti lelaki.

 

“Namun saya banyak belajar bermula sebagai ahli bomba kanan yang bertugas pemandu jentera bomba pada tahun 2004 sehingga 2006 kerana mengendalikan jentera berat ini bukannya mudah,” katanya.

 

Pengalaman menyelamat mangsa terperangkap runtuhan Highland Tower sebaik selesai rekrut tidak dapat dilupakan sehingga kini malah memberi kesan dalam hidupnya selepas berkampung hampir dua minggu.

 

“Kita dapat rasa suasana hiba dengan jeritan, rintihan mangsa terperangkap dan pada masa sama, kita bertugas menyelamatkan mangsa di bawah runtuhan batu dengan keadaan sadis.

 

“Tapi pengalaman cukup mengajar saya dan sudah lali dengan bahang api panas setiap kali berusaha menyelamat mangsa terperangkap dalam rumah terbakar mahupun tersepit dalam kenderaan.

 

“Kalau hati tak kuat mesti saya tersungkur di tengah jalan tapi saya kuatkan semangat dan harungi semuanya tanpa memandang belakang lagi…sebab setiap kali saya lemah, saya akan ingat pesanan arwah mak.

 

“Syukur alhamdulillah, saya mampu bertahan sehingga kini dan memberikan khidmat terbaik untuk masyarakat,” katanya yang memiliki lesen B2, D dan E Full.

 

Usaha arwah ibu bawa kejayaan

 

Namun bagi anak jati Tanjong Karang itu tidak menyangka ‘usaha’ arwah ibunya yang mengisi borang permohonan kekosongan bomba tanpa pengetahuannya membolehkannya mengecapi nikmat ini.

 

“Masa tu saya tak tahu pun arwah mak isi borang senyap-senyap sebab saya masih ingat, lepas habis belajar pada tahun 1989, saya terus merantau mencari kerja di Shah Alam.

 

“Walaupun keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagus dan boleh sambung belajar lagi ke peringkat lebih tinggi tapi saya pendamkan hasrat demi bantu adik yang masih belajar.

 

“Masa tu kewangan keluarga pun tak menentu sebab tu saya lebih rela cari kerja bantu keluarga, nak bagi laluan tiga adik supaya dapat terus belajar.

 

“Alhamdulillah masa tu saya dapat kerja kilang dan gaji pun agak besar dan bila kerja dalam tiga tahun, arwah mak bagi tahu saya kena datang sesi temu duga sebagai bomba.

 

“Memang terkejut masa tu sebab tak pernah mohon pun dan bila arwah mak bagi tahu dia yang isi borang, barulah saya faham. Tak lama lepas temu duga, saya berjaya menjawat jawatan ini.

 

“Jasa arwah mak cukup besar dan usaha dialah yang membuatkan saya masuk dalam kerjaya sekarang. Arwah mak pencetus semangat saya untuk cekal dalam bidang ini,” katanya.

 

Ketuai pasukan majoriti lelaki

 

Bukan mudah untuk mengetuai 10 ahli pasukan dengan gender berbeza namun bagi Zuraini, pendekatan ‘tegas dalam mesra’ membolehkan pasukannya berkomunikasi dengan baik.

 

“Meskipun berbeza gender tapi saya boleh bekerja dengan baik dengan mereka yang sudah dianggap seperti adik dan anak sendiri…yang penting semangat kerjasama dalam pasukan.

 

“Selain menyelia pasukan, saya juga membuka peluang kepada anggota yang mempunyai waktu lapang berniaga ayam golek untuk menambah pendapatan sampingan.

 

“Menu Ayam Golek Yang Anny Bomb BBP Tanjong Karang cukup terkenal dalam kalangan penduduk kerana dijual di bazar Ramadan dan majlis keramaian,” katanya.katanya.

 

 


Kemaskini pada 2017-10-03 08:42:36 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page