Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : ‘Naluri saya kuat kata rangka manusia itu Effa’

Wartawan Sinar Online II 30 September 2017

 
       

KUALA SELANGOR –  “Naluri saya kuat mengatakan rangka manusia itu mayat anak saya,” demikian luahan Nor Aiza Abdul Karim, 47, ketika dimaklumkan mengenai penemuan rangka manusia di Kampung Pasir Tuntung.

 

Rangka manusia yang ditemui dalam semak samun di sebuah kebun di kampung itu pada Jumaat lalu itu disedari orang kampung sekali gus menamatkan misi pencarian Nor Aiza sekeluarga.

 

Menurutnya, nalurinya kuat mengatakan rangka itu milik anaknya, Effa Sharizan Jaslan berdasarkan pakaian yang ditemui bersama rangka selain penemuan kunci basikal dalam poket seluar mangsa.

 
 

“Akak sangat cam dan kenal pakaian Effa sebab akak sendiri yang belikan. Lebih akak yakin, rangka itu milik Effa apabila kesan tampalan gigi pada tengkorak sepadan dengan gigi geraham kiri Effa yang berlubang.

 

“Akak dan beberapa ahli keluarga kemudiannya pergi ke lokasi jumpa rangka tu dan ada nampak barang milik Effa macam jam tangan, rantai manik kayu dan baju T.

 

“Semua tu dekat dengan tulang manusia tu dan semuanya kami serahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya sebak selepas menunggu ‘kepulangan’ Effa sejak empat bulan lalu.

 

Nor Aiza berkata, dia dimaklumkan mengenai penemuan rangka itu oleh anak saudara dan penduduk kampung pada Sabtu lalu dan terus bertanyakan hal sama kepada balai polis berhampiran.

 

“Akak dapat tahu jumpa rangka tu bila anak saudara bagi tahu pada hari Sabtu dan esoknya, akak pun hubungi Balai Polis Jeram untuk dapatkan maklumat lanjut.

 

“Selepas tu, hari Isnin lepas akak pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor sebelum ke Hospital Tanjong Karang untuk buat pengecaman rangka tu,” katanya.

 

Nor Aiza yang masih menunggu keputusan padanan DNA dan ujian makmal dalam tempoh dua minggu lagi itu turut bermimpikan Effa seminggu sebelum penemuan rangka itu.

 

“Akak ada mimpi jumpa Effa dekat pasar malam. Masa tu akak ajak dia balik tapi dia terus lari dan hilang dari pandangan,” katanya yang masih trauma dan sebak kehilangan anak sulungnya.

 

Sinar Harian ketika menghubungi pihak polis mengenai penemuan rangka manusia itu bagaimanapun dilaporkan enggan mengulas lanjut.

 

Sumber polis berkata, siasatan masih berjalan dan masih belum menerima keputusan punca kematian dan padanan DNA bagi memberi sebarang pengesahan lanjut.

 

Terdahulu, Effa dilaporkan hilang selepas dipercayai dilarikan seorang lelaki warga Indonesia di Kampung Baru Sungai Buloh, Jeram.

        

Kemaskini pada 2017-10-02 14:30:25 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page