Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, kesemua mangsa daripada 14 keluarga itu dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Surau Ladang Tuan Mee di sini.

 

Beliau berkata, setakat 9.45 malam ini, mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan itu terdiri daripada lima lelaki warga emas, tujuh wanita warga emas, 10 lelaki, 11 wanita, empat kanak-kanak lelaki dan lapan kanak-kanak perempuan.

 

“Kesemua mangsa dipindahkan setelah kediaman mereka dinaiki air setinggi 0.3 meter hingga 1.5 meter berikutan hujan lebat sejak 4 pagi tadi,” katanya. Kerja-kerja pemindahan mangsa banjir dilakukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. -