Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : Bomba, masyarakat tempatan gotong-royong tunaikan ibadah korban

Wartawan Utusan Online II 02 September 2017

 
       

KUALA SELANGOR –  Seramai 30 anggota termasuk pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor bersama-sama 80 penduduk Taman Yayasan berganding bahu melaksanakan ibadah korban, di sini petang ini.

 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor, Penolong Penguasa Bomba Alhafiz Asmuni berkata, sebanyak tiga ekor lembu ditumbangkan bagi melaksanakan ibadah itu yang diadakan perkarangan Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor.


Menurutnya, dua ekor lembu itu adalah sumbangan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar manakala seekor lagi adalah hasil perkongsian para penduduk di kawasan taman perumahan itu.

 

"Selain melaksanakan tugas hakiki sebagai ahli bomba, kita juga mahu pegawai dan anggota pasukan turut serta melaksanakan aktiviti keagamaan termasuk ibadah korban sekaligus memahami dan menghayati erti ibadah yang dilakukan itu dalam kehidupan seharian," katanya.

 

Hadir sama pada program itu ialah Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim.

 

Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Yayasan, Nor Mahali Mohd. Torman berkata, program seperti itu secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan antara pasukan keselamatan dengan penduduk setempat.

 

"Lagipun, balai bomba baharu yang terletak bersebelahan taman ini baru sahaja beroperasi, jadi dapatlah kami saling mengenali antara satu sama lain.

 

"Diharap kerjasama terjalin menjadi semakin erat di antara penduduk taman dengan pasukan bomba," katanya. 

 

        

Kemaskini pada 2017-09-05 15:59:20 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page