Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : ‘Makcik rasa macam bermimpi’

Wartawan Sinar Harian II 21 Ogos 2017

 
       

TANJONG KARANG - Dilema hidup seorang ibu tunggal yang resah memikirkan keadaan rumahnya lebih-lebih lagi kerosakan bumbung dan siling rumah yang boleh runtuh bila-bila masa sahaja.

 

Ibu enam anak itu, Rahmah Idris, 53, berkata, upah sebagai tukang cuci ternyata jadi kekangan untuknya membaik pulih kerosakan bumbung.

 

Menurutnya, rumah yang sudah berusia lebih 37 tahun itu mengalami kerosakan teruk terutamanya di bahagian bumbung sehingga keadaannya jadi melengkung dan membahayakan.

 

“Pernah sekali terjadi siling runtuh di ruang tamu tapi nasib baiklah tak ada orang masa tu...berhujan dalam rumah pun pernah juga sampai rosak perabot sebab bumbung bocor.

 

“Nak baiki memang makcik tak cukup duit sebab masih tanggung anak sekolah,” katanya yang terpilih sempena Program Baik Pulih Rumah Secara Bergotong-Royong 2017.

 

Program itu merupakan anjuran Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor, Unit Pelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU) dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Giat Mara dan pemimpin setempat.

 

Terharu dengan kos baik pulih rumah dibiayai sepenuhnya, Rahmah cukup bersyukur apabila masalah rumahnya di Kampung Bestari Jaya di sini mendapat perhatian Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar.

 

“Makcik tak boleh nak gambarkan perasaan ni bila dapat tahu rumah terpilih sebab makcik pernah mohon untuk baik pulih rumah...Alhamdulillah syukur sangat bila dibantu wakil rakyat.

 

“Macam mimpi bila dimaklumkan rumah akan dibaiki...Lepas ni makcik dah tak perlu risau kalau anak tidur dekat depan dan rumah tak kena titis hujan lagi,” katanya.

 

Sementara itu, Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, program baik pulih itu melibatkan 90 rumah di sembilan parlimen di negeri ini.

 

“Kos baik pulih satu rumah dianggarkan dalam RM10,000 dan kerja yang dijalankan secara bergotong-royong melibatkan penduduk kampung bersama agensi kerajaan ini membolehkan kos dikurangkan.

 

“Pelaksanaan program ni adalah kesinambungan agenda Jom Bantu Rakyat dan di Parlimen Tanjong Karang, 10 rumah terpilih untuk program ini tanpa mengira perbezaan fahaman politik. Mana yang layak akan dibantu.

 

“Lebih menarik, program ini juga ambil pendekatan strategi lautan biro nasional (NBOS) bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Giat Mara dan ICU sekali gus mengukuhkan perpaduan semua pihak.

 

“Sudah jadi harapan saya untuk lihat program seumpama ini beri kesan perpaduan dalam kampung apabila penduduk sendiri bekerjasama bantu agensi kerajaan siapkan rumah.

 

“Pada masa sama, kita kenal pasti produk kampung yang boleh dipromosikan dan harap agensi kerajaan berkenaan dapat bantu kembangkan produk orang kampung,” katanya.

 

Hadir sama, Adun Permatang, Datuk Sulaiman Abd Razak, Ketua Puteri Selangor, Salbiah Saari dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) Kampung Bestari Jaya, Sapari Ahmad Sayuti.

 

        

Kemaskini pada 2017-08-21 10:01:02 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page