Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Usaha promosi 'buah tangan' Kuala Selangor

Wartawan Sinar Harian II 17 Ogos 2017

 
       

KUALA SELANGOR – Hasil kreativiti warga guru daerah ini mampu diangkat dan dimartabatkan untuk paparan dalam ruang legar perkhidmatan keretapi antara bandar sekali gus mempromosikan 'buah tangan' Kuala Selangor seluruh dunia.

 

Pengarah Biro Tatanegara Malaysia, Datuk Ibrahim Saad menjelaskan, pihaknya akan membantu mempromosikan hasil seni visual terbaik untuk paparan ruang legar perkhidmatan keretapi berelektrik (ETS) atau Transit Aliran Massa (MRT) yang ada di negara ini.

 

Menurutnya, BTN mempunyai hubungan baik dengan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad dan membuat beberapa video patriotik untuk dipaparkan dalam kemudahan perkhidmatan itu

“Sekarang ini kita ada buat beberapa video patriotik menjelang bulan kemerdekaan untuk dipertimbangkan KTM Berhad dan kalau boleh, hasil visual terbaik yang dipamerkan dalam karnival ini dapat dipromosikan sekali.

 

“Saya cuba berunding kerana cukup terpegun dengan keindahan Kuala Selangor yang diterjemahkan melalui seni visual..cukup indah dan cantik. Jadi saya akan bantu bincang untuk memaparkan seni visual ini bersama,” katanya.

 

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Kesenian dan Kerjaya Guru Aktif 1Selangor Daerah Kuala Selangor 2017 yang dihadiri lebih 2,000 warga pendidik dan penduduk setempat.

 

Hadir sama, Ketua Umno Bahagian Kuala Selangor, Datuk Ishak Haron, Adun Bukit Melawati, Jakiran Jacomah dan Adun Permatang, Datuk Sulaiman Abd Razak di pekarangan Tesco Kuala Selangor.

 

Sementara itu, Pengerusi Guru Aktif 1Selangor Daerah Kuala Selangor, Mohd Zamri Kahar berkata, kesudian BTN untuk membantu mempromosikan hasil seni visual warga guru cukup dihargai.

 

“Inilah matlamat penganjuran karnival ini supaya hasil karya guru dapat diketengahkan ke peringkat lebih tinggi dan bukannya tertumpu kepada sekolah semata-mata.

 

“Kita percaya bakat guru ini cukup bernilai dan wajar dikembangkan lagi memandangkan hasil seni visual lebih memaparkan keindahan Bukit Melawati, jeti nelayan dan kelip-kelip.

 

“Bahkan sambutan cukup menggalakkan dengan kehadiran luar jangka…penyertaan semua sekolah juga cukup memberangsangkan sekali gus memenuhi tiga kiteria yang ditetapkan.

 

“Kita berharap hasil seni visual terbaik dapat dipilih untuk dipamerkan di stesen keretapi atau MRT yang menjadi tumpuan dunia sekali gus dapat mempromosikan daerah ini,” katanya

 

        

Kemaskini pada 2017-08-18 11:08:07 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page