Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Tiga lelaki pura-pura jadi pelanggan sebelum samun

Wartawan Sinar Harian II 15 Ogos 2017

 
       

TANJONG KARANG – Tiga lelaki berpura-pura menjadi pelanggan sebelum menyamun menggunakan senjata parang di sebuah kedai telefon bimbit di sini, pagi semalam.

 

Dalam kejadian jam 11.32 pagi itu, tiga lelaki Melayu itu dipercayai memasuki premis kedai dan berpura-pura mahu ‘trade in’ telefon bimbit yang dibawa bersama.

 

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Asisten Superintendan Mohd Asri A Wahab berkata, ketiga suspek mengeluarkan senjata parang dari dalam baju masing-masing setelah pembayaran dibuat.

 

“Ketiga suspek kemudian mengarahkan empat pekerja kedai supaya tunduk sebelum melarikan sejumlah telefon bimbit pelbagai jenama, sebuah tablet dan wang tunai RM300 melibatkan kerugian lebih kurang RM18,000.

 

“Ketiga suspek dilihat melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta berwarna kuning,” katanya dalam satu kenyataan kepada media melalui aplikasi WhatsApp, petang tadi.

 

Mohd Asri menjelaskan, pihak polis mengenal pasti kesemua suspek melalui rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di dalam kedai telefon bimbit terbabit.

 

“Setakat ini, belum ada sebarang tangkapan dibuat dan usaha memburu ketiga suspek masih diteruskan. Kes masih disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dan bersenjata,” katanya.

 

 

        

Kemaskini pada 2017-08-17 13:10:29 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page