Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Berkat Berbudi kepada Tanah

Wartawan Sinar Harian II 13 Ogos 2017

 
       

TANJONG KARANG – Berbudi pada tanah pasti dapat manfaat lumayan! Begitulah pendekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 9, Jalan Bomba, di sini apabila menggunakan tanah yang ada untuk Projek Urban Farming.

 

Guru besarnya, Ahmad Yusak Tukiman berkata, inisiatif yang diambil pihak sekolah untuk menyemarakkan lagi semangat bertani dalam kalangan murid itu mendapat sokongan semua pihak.

 

Menurutnya, projek yang dimulakan sejak April lalu itu dilaksanakan Kelab Sains dan Kemahiran Hidup melibatkan murid tahap dua di bawah kendalian penyelia projek, Mahalim Turman.

 

“Tanah kosong yang ada di kawasan sekolah digunakan sebaiknya dengan 650 polibeg tanaman cili di kawasan Taman Fertigasi Cili selain tanaman herba di Taman Herba.

 

“Alhamdulillah projek cukup berjaya apabila dapat menuai hasil sebanyak 285 kilogram cili dan dijual di pasaran setempat. Hasil disimpan untuk penggunaan projek seterusnya,” katanya.

 

Untuk perancangan jangka panjang katanya, pihaknya juga merancang untuk menambah projek tanaman lain termasuk tembikai ‘rock mellon’ untuk projek akan datang.

 

“Kita tak ada masalah dengan penggunaan tanah sebab masih ada tanah kosong lagi di sebelah bangunan untuk dimanfaatkan untuk cadangan projek ‘rock mellon’.

 

“Pihak sekolah juga turut memperkenalkan Projek Mini Sawah Padi SK Batu 9 bagi membolehkan murid mengenali teknik tanaman tradisional dan moden.

 

“Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menyediakan tiga petak sawah bagi menunjukkan penanaman padi menggunakan kaedah tradisional iaitu kuku kambing, kedua kaedah tabur dan ketiganya calit.

 

“Saya nak bagi murid tahu kaedah penanaman padi secara jelas supaya mereka tahu proses ini dari awal..bukannya senang nak hasilkan padi dan didik mereka supaya menghargai.

 

“Saya juga berterima kasih dengan kesudian Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar yang melawat tapak projek dan memberikan pujian terhadap usaha sekolah.

 

“Segala bentuk cadangan dan teguran kami jadikan panduan untuk projek akan datang dan mempertimbangkan cadangan untuk menggantikan bunga hiasan kepada tanaman buah-buahan,” katanya.

 

Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, inisiatif pihak sekolah sejajar dengan kempen kementerian yang mahu mewujudkan pertanian dalam bandar.

 

“Ternyata pihak sekolah turut menyokong usaha ini sekali gus dapat memanfaatkan tanah yang tidak digunakan dengan tanaman cili, herba dan buah-buahan.

 

“Saya sentiasa beri sokongan terhadap usaha ini kerana sekolah merupakan institusi mendidik anak dan mereka boleh memberi pengetahuan asas pertanian dari peringkat awal.

 

“Kementerian pun ada mengambil pendekatan strategi lautan biro nasional (NBOS) bersama Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pertanian Industri Asas Tani.

 

“Kita mahu projek pertanian yang mampu mendatangkan hasil dan kalau boleh, tanaman bunga hiasan ini ditukar kepada tanaman buah-buahan seperti limau kasturi atau sebagainya.

 

“Supaya setiap projek tanaman ini memberikan hasil kepada sekolah dan diharapkan semangat bertani ini dapat disemarakkan bermula dari sekolah,” katanya.

 

 

 

        

Kemaskini pada 2017-08-14 15:49:29 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page