Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : 10 hektar lagi masih terbakar

Wartawan Sinar Harian II 10 Ogos 2017

 
       

BESTARI JAYA – Masih berbaki 10 hektar lagi kawasan terjejas akibat kebakaran Hutan Simpan Gambut, di sini dan misi memadam kebakaran diteruskan pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO).

 

Pengerusi Bencana Daerah Kuala Selangor, Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor menjelaskan, kawasan terjejas melibatkan 120 hektar di Kompartment 100, 101 dan 102 di hutan simpan itu.

 

Bagaimanapun katanya, kerja memadam dan kawalan kebakaran masih berbaki 10 hektar lagi memandangkan masih terdapat empat spot kecil bermula dari Parit 1 sehingga Parit 4.

 

“Pihak Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) mengesan empat spot kebakaran di kawasan terjejas dan pemantauan dilaksanakan berterusan dari masa ke semasa.

 

“Tiga pasukan JPNS dan satu pasukan NGO, Global Environment Centre (GEC) dibantu pasukan bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya

 

 

                                                    Sebahagian anggota APM membantu memadam kebakaran di Hutan Simpan Gambut Bestari Jaya.

Sebahagian anggota APM membantu memadam kebakaran di Hutan Simpan Gambut Bestari Jaya.

        

Kemaskini pada 2017-08-11 09:13:27 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page