Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Unisel ada pendidikan percuma

Wartawan Sinar Harian Online || 08 Ogos 2017

 
    

BESTARI JAYA - Universiti Selangor (Unisel) ada menawarkan pendidikan percuma dengan kos yuran pengajian ditanggung sepenuhnya untuk tahun asas di bawah Skim Dermasiswa Unisel.

 

Pengarah Komunikasi Korporat Unisel, Hasril Abu Hassan menjelaskan, Unisel menyediakan tawaran pendidikan percuma untuk mereka yang layak meneruskan pengajian tahun asas dalam bidang teknologi maklumat dan sains.

 

Menurutnya, Unisel sehingga kini membiayai hampir RM4 juta untuk pengajian percuma itu dan menyasarkan RM12 juta untuk membiayai pemohon yang layak sehingga hujung tahun ini.

 

“Melalui mandat yang diberikan Presiden yang juga Naib Canselor Unisel, Profesor Datuk Dr Mohd Reduan Othman yang mahu memperluaskan skim ini seluruh negara.

 

“Untuk makluman, pengambil intake bagi pengajian tahun asas ini pada September nanti dan menggalakkan mereka yang berminat untuk memohon,” katanya selepas menerima kunjungan Gabungan NGO Malaysia, hari ini.

 

Dalam kunjungan itu, Gabungan NGO Malaysia yang diketuai Datuk Seri Jamal Mad Yunos menekan isu pendidikan percuma terhadap penuntut Unisel seperti yang dijanjikan dalam pilihan raya terdahulu.

 

Sebelum ini, Exco Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmd berkata, Kerajaan Selangor tidak dapat melaksanakan pendidikan percuma di Universiti Selangor (Unisel) kerana tidak menang dalam PRU13 lalu.

 

Nik Nazmi berkata, walaupun pendidikan bukan terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri melainkan pendidikan agama, tetapi kerajaan Selangor tetap membelanjakan peruntukan yang banyak dalam sektor pendidikan.

 

Mengulas lanjut, Hasril mewakili Unisel berbesar hati menerima kunjungan Gabungan NGO Malaysia yang jelas cukup prihatin dengan tuntutan manifesto kerajaan negeri.

 

“Bagi Unisel, kami cukup mengalu-alukan kedatangan Dato Seri Jamal bersama rakannya bagaimanapun bagi menjawab isu yang dibangkit, saya akan panjangkan kepada pihak pengurusan tertinggi Unisel.

 

“Mungkin persoalan yang dibangkitkan lebih kepada polemik manifesto kerajaan negeri dan saya percaya Datuk Seri Jamal meletakkan kepercayaan tinggi terhadap Unisel apabila tiga anak buahnya juga sedang belajar di Unisel.

 

Jelas Hasril, kemungkinan timbul salah faham kerana Unisel memang ada memberikan pendidikan percuma tapi tidak meliputi kesemua aspek kerana melalui Skim Dermasiswa Unisel ini lebih tertumpu kepada pengajian tahun asas sahaja.

 

“Cuma sudah menjadi harapan besar kami supaya Unisel tidak dipolitikkan dan mungkin ada platform lain yang lebih sesuai untuk membangkitkan tuntutan terbabit.

 

“Saya tidak mahu tumpuan penuntut terganggu sebab difahamkan akan ada edaran risalah berhubung isu tuntutan pendidikan percuma kepada penuntut nanti,” katanya.

 

                                     

        

Kemaskini pada 2017-08-09 09:32:54 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page