Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Runtuhan bahu jalan, gemparkan penduduk

Wartawan Utusan Online II 07 Julai 2017

 
       

TANJONG KARANG - Runtuhan bahu jalan di KM 67.5 Jalan Klang - Teluk Intan di Kampung Parit 4, di sini mengemparkan penduduk setempat kira-kira jam 7 petang, semalam.

 

Dalam kejadian itu, runtuhan bahu jalan didakwa berpunca paip pecah sehingga menyebabkan tanah rebak setinggi lima meter dan menyebabkan laluan terpaksa dilencongkan bagi tujuan keselamatan.

 

Adun Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata, pihaknya sedia maklum mengenai kejadian tanah runtuh di bahu jalan terbabit yang juga jalan utama Jalan Klang-Teluk Intan.

 

Menurutnya, taklimat dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Selangor memaklumkan bahawa kejadian tanah runtuh itu disebabkan paip pecah di kawasan terbabit.

 

“Kejadian berlaku lewat petang semalam bagaimanapun JKR Daerah Kuala Selangor mengambil tindakan proaktif dan membuat lencongan jalan untuk pengguna jalan raya.

 

“Hasil tinjauan saya juga mendapati jalan terbabit tidak selamat digunakan dan perlu dibaiki segera. Saya juga difahamkan kerja baik pulih sedang dilaksanakan dan dijangka siap lusa ini,” katanya.

 

Mohd Shamsudin menegaskan, insiden seumpama ini sewajarnya tidak berulang dan berharap pihak kontraktor Air Selangor supaya lebih berhati-hati memandangkan tanah di kawasan ini lembut.

 

“Jika berlaku paip bocor, tanah mudah rebak lebih-lebih lagi struktur kawasan ini berhampiran laut…kena ambil langkah lebih proaktif bagi membaiki paip pada masa akan datang.

 

“Bagaimanapun saya memuji tindakan pantas JKR Daerah Kuala Selangor yang mengambil langkah keselamatan awal bagi memastikan laluan dapat digunakan dengan selamat,” katanya.

 
                              Runtuhan bahu jalan, gemparkan penduduk

                                     

        

Kemaskini pada 2017-07-10 12:07:07 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page