Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Kebakaran di Hospital Tanjong Karang

Wartawan Utusan Online II 06 Julai 2017

 
       

TANJONG KARANG – Kepulan asap tebal akibat kipas terbakar menimbulkan situasi panik lebih 10 pesakit di Wad 2 Hospital Tanjong Karang, kira-kira jam 7 pagi, tadi.

 

Bagaimanapun, tindakan pantas kakitangan hospital yang menyedari kejadian itu berjaya memadamkan kebakaran pada kipas berdiri yang terletak di dalam bilik pengasingan di dalam wad itu.

 

Tindakan pantas kakitangan hospital turut dipuji apabila melaksanakan tindakan pengosongan seluruh blok bangunan dan membawa keluar semua pesakit di dalam wad itu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang, Penolong Penguasa Bomba, Azmi Abbas berkata, pihaknya menerima laporan orang awam pada jam 7.18 pagi.

 

Menurutnya, jentera pertama BBP Tanjong Karang tiba dalam jam 7.24 pagi diketuai komander operasi, Asmuri Mansor dengan kekuatan tiga pegawai dan empat anggota bomba. 

 

                                                    kebakaran Hospital Tanjong Karang

        

Kemaskini pada 2017-07-10 11:44:56 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page