Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Mohon pusat minyak Bagan Sungai Buloh dibuka semula

Wartawan Utusan Online II 05 Julai 2017

 
       

KUALA SELANGOR – Tidak sanggup berhabis duit dengan jarak yang jauh untuk mengambil bekalan subsidi minyak yang disediakan kerajaan, nelayan di Bagan Sungai Buloh memohon pusat minyak yang ada di kawasan itu dibuka semula.

 

Lebih membebankan, lokasi pusat pengambilan subsidi minyak yang didakwa agak jauh di Pasir Penambang menyebabkan nelayan di perairan Sungai Buloh, Sungai Sembilang dan Sungai Janggut terpaksa menanggung kos.

 

Rata-rata nelayan mengeluh apabila pusat pengambilan minyak yang pernah dibuka di Bagan Sungai Buloh ditutup gara-gara lesen tamat dan gagal diperbaharui pengusaha terbabit.

 

Ketua Kampung Bagan Sungai Buloh, Lee Fen Shang berkata, rata-rata nelayan di kawasan itu merungut apabila terpaksa pergi ke lokasi pengambilan subsidi minyak dengan jarak lebih 30 kilometer melalui jalan laut.

 

Menurutnya, pihaknya tidak terkecuali berdepan dengan keluhan nelayan yang tak sanggup berdepan dengan kos berganda semata-mata untuk mengambil subsidi minyak yang disediakan kerajaan untuk nelayan.

 

“Mahu tak mahu mereka terpaksa pergi jauh sampai ke Pasir Penambang kerana di situ satu-satunya pusat minyak selepas ‘port’ yang ada di bagan ini ditutup awal tahun ini.

 

“Sebab tu ramai yang mohon supaya pusat pengambilan subsidi minyak yang ada di bagan ini dibuka semula supaya nelayan tidak perlu bergerak jauh dan menghabiskan minyak ke sana,” katanya.

 
                                                 Mohon pusat minyak Bagan Sungai Buloh dibuka semula

                                     

        

Kemaskini pada 2017-07-10 11:39:45 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page