Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : ‘Tolonglah pulangkan anak saya’

Wartawan Utusan Online II 04 Julai 2017

 
       

BESTARI JAYA – "Tolonglah pulangkan anak saya...sudah dekat dua tahun kami terpisah gara-gara bekas suami larikan anak," demikian rayuan ibu tunggal, Siti Norlela Abd Razak, 33, kepada Sinar Harian.

 

Menurutnya, dia sekeluarga memohon kerjasama orang ramai untuk mencari satu-satunya anak lelakinya, Muhammad Airel Abdul Mutalib, 5, supaya dapat kembali ke pangkuannya.

 

“Hati saya cukup sedih mengenangkan anak yang terpisah sejak 10 September 2015 lalu…saya jadi runsing bila memikirkan bekas suami tidak dapat dikesan dan dihubungi.

 

“Setiap kali dapat maklumat di mana bekas suami tinggal, saya pergi cari tapi tak dapat sampaikan saya cari dekat rumah bekas keluarga mentua di Butterworth tapi dia tiada di sana,” katanya sebak.

 

Mengimbau kembali detik kehilangan anaknya itu, Siti Norlela berkata, pagi sebelum kejadian dia dan suaminya berada di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor untuk tuntutan fasakh.

 

“Bila prosiding selesai dan suami terus pergi ke rumah dengan alasan nak tengok anak…masa di rumah, anak dijaga adik. Masa dia ambil Airel yang sedang tidur, anak menangis tak mahu ikut bila bekas suami melangkah keluar rumah.

 

“Masa tu, adik ada bergelut dengan bekas suami sebab nak ambil balik Airel tapi tak berjaya malah si adik tu kena tolak sebelum suami bergegas pergi bawa Airel sekali.

 

“Masa tu, hati saya luruh sebab dia pergi bawa lari Airel…bila buat laporan polis, kes tak sah sebab masa itu kami masih suami isteri dan belum lafaz cerai. Bila sah bercerai November 2015, saya terus buat tuntutan hak penjagaan,” katanya.

 

Katanya lagi, pada awalnya nombor telefon bimbit suaminya masih boleh dihubungi dan gambar terakhir Airel yang dikongsi setahun lalu iaitu ketika Aidilfitri.

 

“Saya dapat tahu bekas suami pun sudah bernikah baru tiga bulan lalu dan saya terus tuntut anak…cukuplah buat hati saya tak tentu arah mengenangkan anak yang dilarikan tu.

 

“Sudah dua kali raya saya tidak dapat bersama dengan anak…bila cari alamat terkini bekas suami, saya tak dapat nak kesan sebab katanya selalu berpindah randah.

 

“Hari-hari saya mimpikan Airel sebab terlalu rindukan dia…entah macam manalah keadaan anak saya tu…lagi-lagi dia nak kena daftar sekolah tahun depan ni.

 

“Sebab tu, saya mohon bantuan orang ramai jika terlihat atau tahu lokasi Airel berada supaya dapat hubungi saya di talian 0129777807,” katanya yang menetap di Taman Sri Indah.

 

                                                          f

        

Kemaskini pada 2017-07-10 11:36:13 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page