Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Resah gangguan monyet liar

Wartawan Utusan Online II 25 April 2017

 
       

KUALA SELANGOR - Gangguan monyet liar yang menjadikan bumbung rumah sebagai berkumpul setiap petang menimbulkan kebimbangan penduduk di Taman Kasawari, di sini.

 

Dakwa penduduk, kehadiran sekumpulan monyet liar sejak sebulan lalu itu menimbulkan ketidakselesaan penduduk terutamanya ketika mahu beriadah waktu petang.

 

Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Taman Kasawari, Abdul Basar Sulaiman menjelaskan, penduduk menyedari kehadiran haiwan liar itu sejak awal bulan lalu.

 

Menurutnya, banyak masalah timbul apabila sampah yang dibuang di hadapan rumah diselongkar untuk mencari sisa makanan selain piring pemancar televisyen berbayar sering rosak.

 

“Kebanyakan monyet duduk atas bumbung rumah dan rosakkan piring yang ada sampaikan penduduk terpaksa keluarkan duit gantikan yang baru tapi memang mereka mengeluh kalau selalu rosak.

 

“Lagi satu, sampah yang dikumpulkan depan rumah pun berselerak sebab monyet tu cari makan. Jadi kawasan dah kotor dan mengundang bau busuk,” katanya.

 

Abdul Basar berkata, sebelum ini taman perumahan itu jarang didatangi haiwan liar bagaimanapun sejak kebelakangan ini monyet itu sering dilihat di atas bumbung rumah.

 

“Mungkin datangnya dari hutan berhampiran tapi tak pastilah... Penduduk pun terpaksa berjaga sebab bimbang kalau-kalau haiwan liar tu bertindak ganas dan pecah masuk rumah.

 

“Sebab kami selalu dengar haiwan ni boleh bertindak ganas serang kanak-kanak, pecah masuk rumah cari makanan di dapur. Jawatankuasa penduduk pun dalam perancangan nak panggil pihak berwajib untuk basmi haiwan liar ni sebab kalau dibiarkan berlarutan, beri kesan buruk,” katanya.

 

Gangguan monyet liar itu turut menjejaskan hasil tanaman penduduk. Malah, taman berhampiran taman perumahan itu tetapi turut berdepan isu sama.

 

Bagi penduduk Bukit Rotan, S Murugan, 43, gangguan monyet liar turut berlaku di taman perumahan penduduk dan kampung tradisi yang ada di kawasan ini.

 

“Mungkin disebabkan haiwan itu mahu cari makan, boleh terlepas sampai ke kawasan ini. Kalau dulu, saya selalu dengar gangguan monyet hanya berlaku di Pekan Lama Kuala Selangor.

 

“Saya juga harap isu gangguan haiwan liar ni dapat diberi perhatian pihak berwajib sebab risau kalau haiwan tu bertindak ganas mencederakan kanak-kanak,” katanya.

 

                                            Resah gangguan monyet liar

        

Kemaskini pada 2017-05-02 12:49:22 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page