Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Penduduk dakwa terabai

Wartawan Utusan Online II 24 April 2017

 
       

 

IJOK – Penduduk Kampung Harmoni, Simpang 3 di sini terus mendesak pihak berwajib supaya tampil menyelesaikan masalah banjir kilat yang mengakibatkan rumah mereka dinaiki air pada 18 April lalu.

 

Lebih membimbangkan, banjir kilat yang berisiko berulang itu bukan sahaja merosakkan harta benda penduduk bahkan disifatkan musibah terburuk dalam tempoh 50 tahun.

 

Penduduk, Mohd Ezli Mashut, 39, berkata, musibah banjir kilat disifatkan yang terburuk sejak lebih 50 tahun berikutan mendakwa parit tidak dapat berfungsi kerana projek pelebaran jalan.

 

Menurutnya, musibah banjir kilat itu meninggalkan kesan trauma terhadap penduduk terutamanya 16 keluarga yang terjejas berikutan kawasan rumah dinaiki air selepas hujan lebat lebih satu jam.

 

“Sebelum ni, kalau hujan lebat pun kawasan ni memang tak dinafikan dinaiki air sebab kawasan rendah tapi tak sampai masuk rumah tapi kali ni lumpur masuk dalam rumah.

 

“Seingat saya, banjir terakhir berlaku dalam tahun 2014 tapi masa itu limpahan air parit di kawasan pekarangan rumah saja dan tak sampai masuk rumah,” katanya yang belum dapat menganggarkan kos kerugian yang ditanggung.

 

Menurutnya, agensi kerajaan persekutuan dan negeri perlu lebih proaktif untuk memikirkan dan melaksanakan pelan bertindak bagi mengelakkan kejadian banjir lumpur berulang di kawasan kampung itu.

 

“Banjir kali ini paling teruk disebabkan pembangunan di sekeliling kampung tanpa perancangan rapi dan pemantauan menyebabkan kami menjadi mangsa dan bukan setakat kawasan rumah, kebun kelapa sawit pun digenangi air.

 

“Saya pun tengok lebih seminggu juga kebun kelapa sawit digenangi air sehinggakan menyusahkan pekebun kecil untuk memetik hasil kelapa sawit," katanya

 

Mohd Ezli yang mempersoalkan tindakan pihak berkaitan seolah-olah mengabaikan penduduk turut kecewa dengan kelemahan ditunjukkan dalam menangani masalah berkenaan.

 

“Memandangkan kawasan itu hotspot banjir kilat..apa tindakan pihak berkuasa dan agensi bertanggungjawab? Sudah laksanakan tugas dan pemantauan? Apakah tiada pampasan dan ganti rugi diberikan kepada mangsa terlibat? Apakah SOP yang diguna pakai apabila saliran parit tertimbus hingga menjadi suku dan adakah saliran sedia ada akan dibaiki?

 

“Pihak berwajib termasuk kontraktor perlu memberikan penjelasan kenapa banjir kali ini semakin teruk berbanding kejadian lepas? Penduduk juga mempersoalkan kaedah operasi standard (SOP) yang digunakan," katanya.

 

Menurutnya, wakil rakyat perlu menjadi jurubicara dalam hal itu bagi mencari penyelesaian segera terhadap penderitaan penduduk dari kesan bencana berkenaan.

 

“Saya juga harap wakil rakyat dapat menjadi jurubicara dan mencari jalan segera untuk menyelesaikan masalah penduduk yang cukup ‘menderita’ akibat banjir kilat ini.

 

“Jangan terlalu memikirkan wang semata-mata. Perancangan awal yang lebih teratur amat diperlukan untuk elakkan bencana buatan manusia memangsakan manusia lain hingga menjadi lebih parah,” katanya.

 

Dalam kejadian itu, seramai 16 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan selepas banjir melanda kawasan itu menyebabkan banyak barangan rosak serta tidak dapat diselamatkan.

 

Bagaimanapun dalam tempoh tiga hari mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bagaimanapun ada segelintir yang tidak pindah berikutan bimbang keselamatan harta benda.

 

                                                 Penduduk dakwa terabai

        

Kemaskini pada 2017-05-02 12:42:53 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page