Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Bot karam: Seorang nelayan masih hilang

Wartawan Utusan Online II 18 April 2017

 
       

 

TANJONG KARANG – Seorang nelayan masih hilang manakala dua lagi selamat selepas bot yang dinaiki karam akibat dilanda angin kuat dan ombak besar ketika keluar menangkap ikan, kira-kira jam 9.10 pagi, tadi.

 

Mangsa yang dikenali Ah Hua, 50-an bersama dua nelayan menaiki bot kelas B itu dipercayai hilang selepas karam dengan jarak kira-kira 3.8 batu nautika dari perairan Bagan Pasir.

 

 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang, Azmi Abbas menjelaskan, dua mangsa terselamat iaitu Lim Ching Chong, 46, dan Teoh Eng Chuan, 56.

 

“Mangsa terselamat dibantu nelayan yang kebetulan berada di kawasan berhampiran manakala mangsa yang dikhuatiri lemas masih dicari bersama agensi berkaitan.

 

“Operasi mencari dan menyelamat diketuai komandan operasi, Mohd Arbain Saari dengan kekuatan lapan anggota selepas menerima laporan pada jam 2.27 petang tadi,” katanya.

 

BBP Tanjong Karang turut membuka pusat kawalan operasi bomba di kawasan jeti bagi membantu mencari dan menyelamatkan mangsa yang masih hilang.

 

                                          Bot karam: Seorang nelayan masih hilang
                                             

        

Kemaskini pada 2017-04-21 15:49:01 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page