Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Anak muda tiada tempat riadah

Wartawan Utusan Online II 20 Mac 2017

 
       

 

TANJONG KERAMAT - Bukan sahaja terbiar, malah kemudahan prasarana yang ada di Kampung Tanjong Keramat, di sini seolah-olah dipandang sepi dan tiada perhatian pihak berwajib.

 

Lebih menyedihkan, balai raya yang dahulunya tersergam indah dan menjadi tumpuan anak muda kini dipenuhi semak, bangunan uzur dan dikhuatiri menjadi lokasi remaja ponteng sekolah dan penagih dadah.

 

Wakil penduduk, Hendra Khaidir, 34, berkata, penduduk khususnya anak muda di kampung ini kecewa apabila kemudahan balai raya, gelanggang futsal, surau dan longkang terbiar tanpa penyelenggaraan.

 

Menurutnya, dahulu balai raya itu menjadi tempat berkumpul anak muda untuk beriadah kerana mempunyai kemudahan gelanggang takraw, meja karom dan dewan kecil.

 

 

“Dulu siap ada kios untuk jualan tapi bila sekarang ni terbiar, habis rosak bumbung, siling pecah, cermin tingkap pecah dan pintu semua rosak. Kalau tengok tandas lagilah takut nak masuk. Kami bimbang ada ular atau haiwan liar lain sebab kawasan ni penuh semak... lampu pun tak ada,” katanya.

 

Ada kes babi sondol budak

 

Hendra berkata, penduduk juga mengadu apabila kemudahan longkang yang didakwa tidak diselenggara menjadi punca wabak denggi menular di dalam kampung itu.

 

“Bukan saja longkang, gelanggang futsal pun dah tak ada pagar sampaikan budak main bola pun terjatuh dalam paya.

 

“Kalau tengok gelanggang ni macam cantik... ia patut dipasang pagar supaya keselamatan anak muda terjamin. Kalau kita tengok kawasan ni, memang penuh semak. Bukan saja ular, babi hutan pun banyak. Pernah ada kes budak kemalangan disondol babi sebab malam-malam lampu jalan pun tak ada. Aduan dah dibuat tapi tiada respons. Sedih tengok semuanya rosak," katanya.

 

Nak buat pulut kuning jika balai raya dibaik pulih

 

Warga emas, Zaiton Mohd Noh, 64, cukup sedih melihat kemudahan balai raya yang rosak tidak diselenggarakan dengan baik berbanding zaman mudanya ketika menetap di kampung itu.

 

“Suami mak cik dulu kerja dengan JKR (Jabatan Kerja Raya). Dia kerja tukang tolak tanah paya ni sebab nak bangunkan balai raya. Dulu, semua program termasuk sumbangan wakil rakyat buat dekat situ. Itu dulu... sekarang ni bila tengok balai raya hati mak cik sayu dan sedih.

 

"Kalaulah balai raya ni dipulihkan, mak cik nak buat pulut kuning tanda syukur. Kalau dibiarkan semak, kuarters kerajaan yang ada dekat sebelah balai raya ni pun dah tak nampak,” katanya.


                                              Anak muda tiada tempat riadah
                                                 
                                             

        

Kemaskini pada 2017-03-28 11:12:30 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page