Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Nafi tuduhan kerajaan pusat ceroboh PPR Lembah Subang 1

Wartawan Utusan Online II 17 Mac 2017

 
       

 

TANJONG KARANG - Kerajaan Selangor ditempelak apabila menuduh kerajaan pusat 'menceroboh' Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1, Petaling Jaya sedangkan ia adalah hak milik kerajaan persekutuan.

 

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar menyifatkan tuduhan itu sebagai 'tak faham sejarah' dan dilihat sekadar mahu menutup kelemahan kerajaan negeri yang gagal mengurus PPR berkenaan.

 

Katanya keberadaan pihaknya di kawasan PPR itu adalah bagi mendengar keluhan rakyat yang diabai kerajaan negeri dan menurutnya pihak KPKT pada tahun lepas turut membuat laporan polis apabila tidak dibenarkan memasuki kawasan hartanah itu oleh kerajaan negeri.

 

"PPR itu dibina 100 peratus oleh kerajaan pusat atas tanah KPKT tapi diserahkan kepada kerajaan Selangor supaya mereka urus dan bantu rakyat namun dengan kadar sewa RM124 sebulan yang telah kita tetapkan.

 

 

"Tapi kerajaan Selangor didakwa naikkan sewa menjadi RM250 tanpa kebenaran KPKT dan hal ini menyebabkan rakyat mengeluh sedangkan tujuan kita mahu membantu rakyat yang kurang berkemampuan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.   

 

Selasa lepas, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa KPKT menceroboh PPR itu kerana membina pejabat pengurusan tanpa kelulusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

 

Beliau dilapor menyatakan pihaknya dan MBPJ telah membelanjakan sebanyak RM70 juta bagi tujuan penyelenggaraan PPR itu selain wujud tunggakan bayaran sewa yang begitu besar walaupun kadarnya hanya RM124 sebulan.

 

Noh menjelaskan sejak pengurusan PPR itu diserahkan kepada kerajaan negeri termasuk mengutip kadar sewa, kerajaan pusat tidak pernah menerima sebarang bayaran daripada pihak terbabit.

 

Oleh sebab itu katanya, adalah tidak wajar kerajaan negeri 'meminta' kerajaan pusat menyerap pelbagai kos termasuk tunggakan kadar sewa yang tidak dibayar penyewa PPR tersebut jika pengambilalihan pengurusan perumahan itu dilakukan.

 

Noh turut mencabar kerajaan Selangor membuktikan dakwaan peruntukan RM70 juta telah dibelanjakan untuk menyelenggara blok-blok PPR di Lembah Subang 1.

 

"Jika kerajaan Selangor tak berupaya nak bantu rakyat, serahkan saja semula PPR itu kepada kita. Mengapa sampai kena minta kita bayar kos tertentu, jika kita bayar, jadi apa usaha kerajaan negeri bantu rakyat," katanya. – Bernama

 


                                                       Noh Omar
                                                 
                                             

        

Kemaskini pada 2017-03-28 11:08:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page