Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Kerajaan Selangor gagal bela nasib petani

Wartawan Utusan Online II 17 Mac 2017

 
       

 

TANJONG KARANG - Kerajaan Selangor gagal melaksanakan tanggungjawabnya dalam menyelenggara sistem pengairan sehingga berlaku banjir yang menjejaskan lebih 40 hektar tanaman padi di sini awal Januari lalu, kata Ahli Parlimen Tanjong Karang Tan Sri Noh Omar.

 

Justeru katanya, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak perlu mendabik dada dengan rizab negeri yang tinggi sedangkan nasib petani dan pesawah terus terabai.

 

"Kita tidak boleh elak hujan lebat tapi menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk bersihkan dan selenggara sistem pengairan namun adakah mereka ada peruntukan untuk tujuan itu. Jika ada, mengapa terjadinya banjir yang menjejaskan tanaman?

 

"Kerajaan pusat hanya menyediakan infrastruktur dan terusan utama saja. Mana tugas kerajaan negeri yang dikatakan kononnya peduli rakyat," kata Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada pemberita, di sini hari ini.

 

 

Terdahulu, Noh menyampaikan bantuan ihsan Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Tanjong Karang berjumlah RM82,510 kepada 118 petani dan pesawah yang terjejas akibat banjir.

 

Noh berkata majoriti petani dan pesawah yang terjejas adalah golongan muda dan ini menunjukkan wujud minat kelompok itu dalam pertanian.

 

Beliau berkata semangat yang ditunjukkan golongan petani dan pesawah muda itu harus diambil peduli dan terus dibantu bagi menggalakkan lebih ramai daripada mereka menceburi sektor berkenaan secara serius. – Bernama


                                        Kerajaan Selangor gagal bela nasib petani

        

Kemaskini pada 2017-03-28 11:05:36 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page