Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Bau busuk disangka bangkai haiwan rupanya mayat lelaki

Wartawan Utusan Online II 18 Mac 2017

 
       

 

IJOK - Bau busuk yang disangka bangkai haiwan, rupa-rupanya mayat seorang lelaki yang terperangkap di tempat perangkap sampah Batu 8, Ijok kira-kira jam 4.40 petang, semalam.

 

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ruslan Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada seorang pekerja pembersihan sampah di kawasan itu yang menemui mayat di perangkap sampah.

 

Menurutnya, hasil siasatan polis mendapati mayat dalam keadaan reput dan berbau selain kedua pergelangan kaki didapati terikat dengan dua jenis kain sari serta potongan kain rentang berwarna biru.

 

"Bahagian kepala hanya tinggal tengkorak dan mayat ditemui tidak berbaju tetapi berseluar jeans warna biru gelap. Jantina dikenal pasti sebagai lelaki bagaimanapun bangsa belum dapat ditentukan lagi berikutan tiada dokumen pengenalan diri.

 

 

"Mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain dan mayatnya kemudiannya dicampakkan ke dalam sungai. Mayat itu dibawa Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat," katanya kepada media.

 

Ruslan berkata, hasil bedah siasat mendapati mayat itu seorang lelaki dewasa melebihi umur 21 tahun dengan ketinggian 166 sentimeter (sm) dengan anggaran berat lebih kurang 48 kilogram (kg).

 

"Kes masih disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan pihak polis memohon kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan waris atau sesiapa yang kehilangan ahli keluarga atau rakan untuk tampil ke balai polis.

 

"Mereka boleh tampil untuk membuat pengecaman seluar dan sampel DNA di balai polis berhampiran atau terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor.

 

"Sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini, boleh berhubung dengan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kuala Selangor, Asisten Superintendan Ramle Bakar di talian 0125112034," katanya.

 


                                            mayat
                                                 
                                             

        

Kemaskini pada 2017-03-28 10:38:35 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page