Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Jual hasil tanpa orang tengah

Wartawan Utusan Online II 14 Mac 2017

 
       

 

TANJONG KARANG - Kerajaan negeri akan mewujudkan Pasar Agro Smart Selangor yang pertama di Bagan Terap, Sabak Bernam dengan peruntukan berjumlah RM50,000.

 

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, tapak pasar yang dikenal pasti itu akan dijangka bermula April nanti.

 

Menurutnya, inisiatif kerajaan negeri yang mahu mewujudkan pasar agro itu bagi membolehkan petani, penternak dan nelayan memasarkan hasil mereka tanpa menggunakan orang tengah.

 

“Pasar ini akan beri kemudahan kepada golongan itu supaya dapat jual hasil mereka secara langsung kepada pengguna dan hanya 20 peratus saja yang bukan dari hasil tani.

 

 

“Kita juga mohon Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS) supaya dapat menerajui projek ini bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan jawatankuasa kampung,” katanya.

 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Jelajah Infratani Dun Sungai Burong 2017 di Masjid Darul Solihin Blok D, Sawah Sempadan dan dihadiri Pegawai Daerah Kuala Selangor, Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor.

 

Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor, Mohd Azhar Mohamed Ali; Jurutera JKR Daerah Kuala Selangor, Dr Ir Faizol Zahri Mohd Abas; Pengarah JPS Selangor, Ir Azmi Ibrahim dan Penyelaras PKM Dun Sungai Burong, Nor Az Azlan Ahmad.

 

Zaidy yang juga Adun Taman Templer itu berkata, gimik pelancaran Pasar Agro Smart Selangor pernah dilancarkan sebelum ini di Gombak bagaimanapun pihaknya membuat penjenamaan semula.

 

“Di Gombak ketika itu sudah ada tapak pasar pagi dan kita jenamakan semula sebagai pasar agro... bagaimanapun di Bagan Terap ini adalah yang pertama kerana bermula dengan kosong.

 

“Kita naik taraf tapak niaga yang sudah dikenal pasti mempunyai potensi untuk menarik pengunjung dengan peruntukan tertentu supaya mereka dapat berniaga,” katanya.

 

Mengulas lanjut mengenai rungutan petani terhadap musibah banjir dan serangan penyakit, Zaidy turut memaklumkan, pihaknya tidak terkecuali menerima aduan sama.

 

“Sebab itu, dalam program ini saya turut meninjau beberapa kawasan dalam Dun Sungai Burong seperti tempat pembuangan sampah di Kampung Sungai Sireh, tanaman rosak akibat banjir dan kunci air rosak di Parit 2.

 

“Selain itu, saya juga dibawa meninjau sistem binaan palong di Parit 2, ban rendah di Kampung Sungai Tengi Kanan Baroh, isu banjir kilat di Pasar Basah Tanjong Karang dan pekan.

 

“Saya difahamkan, petani terhimpit kerana mereka yang rugi akibat banjir dan terpaksa pinjam duit dengan peraih sehingga menyebabkan harga jualan ditentukan peraih.

 

“Sebab itu, kerajaan negeri memikirkan cara terbaik untuk membantu menyelesaikan masalah ini supaya tidak berulang,” katanya.


                                          Jual hasil tanpa orang tengah
                                                 
                                             

        

Kemaskini pada 2017-03-28 10:39:38 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page