Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Saksi kemalangan maut diminta tampil bantu siasatan

Wartawan Utusan Online II 02 Februari 2017

 
       

 

KUALA SELANGOR - Polis giat mengesan saksi bagi dua kes kemalangan maut di Kilometer (KM) 30.5 Jalan Klang-Teluk Intan, Jeram dan KM17.5 Jalan Kuala Selangor-Rawang, Bestari Jaya.

 

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ruslan Abdullah berkata, hasil siasatan awal mendapati dua kes kemalangan tersebut adalah terbabas sendiri.

 

“Bagi kes kemalangan di Jeram yang berlaku pada jam lebih kurang 11.14 malam, kelmarin membabitkan pemandu kereta Toyota Vios, Lim Soon Kiat, 27, yang beralamat di Taman Bukit Belimbing Indah, Kuala Selangor.

 

“Mangsa dipercayai dari arah Klang menghala ke Teluk Intan dikatakan gagal mengawal kenderaan menyebabkannya terbabas masuk ke laluan bertentangan, sebelum terjunam masuk ke dalam parit sebelah kanan arah Teluk Intan menghala ke Klang.

 

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala,” katanya.

 

Menurutnya, bagi kes kedua yang dilaporkan berlaku di Bestari Jaya, pagi semalam, membabitkan seorang penunggang motosikal, Mohamad Farhan Mohamad Sarif, 22.

 

“Dalam kejadian jam 8.45 pagi itu, mangsa bersama rakan pemboncengnya, Hamiuddin Jafni Hussain, 24, dalam perjalanan dari arah Kuala Selangor menghala ke Rawang.

 

“Mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal Yamaha LC135 ditungganginya lalu terbabas masuk ke sebelah kiri bahu jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

 

“Mayat penunggang motosikal dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat, manakala pembonceng yang cedera dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut,” katanya.

 

Beliau berkata, kes disiasat Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor, Inspektor Mohd Fahmi Ahmad di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

                                                   Saksi kemalangan maut diminta tampil bantu siasatan

        

Kemaskini pada 2017-02-14 16:36:12 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page