Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Bantah penghinaan agama Islam

Wartawan Utusan Online II 25 Januari 2017

 
       

 

BESTARI JAYA – Jawatankuasa Masjid India Muslim Bestari Jaya membantah sekeras-kerasnya penghinaan individu tertentu terhadap agama Islam yang menjadi tular dalam media sosial.

 

Wakilnya, Nikmatullah Abu Baka Citi, 31, terpanggil untuk membuat laporan polis supaya individu terbabit dapat dikenakan tindakan setimpal kerana menyebarkan mesej jelik kepada orang ramai.

 

“Bukan hanya kami, badan bukan kerajaan (NGO) India Muslim seluruh negara bangkit menyatakan ketidakpuasan hati terhadap mesej suara yang disebarkan kerana dengan jelas menghina agama rasmi negara ini.

 

“Mesej suara yang disebarkan dalam group WhatsApp itu menimbulkan ketidakselesaan kepada masyarakat India Muslim kerana memperlekehkan kewujudan ALLAH SWT,” katanya.

 

Nikmatullah berharap tindakan tegas dapat diambil sekali gus menjadi pengajaran kepada orang lain supaya tidak sesekali memperlekehkan agama Islam.

 

“Kita hidup dalam masyarakat majmuk dan masing-masing perlu hormati agama masing-masing kerana kerajaan memberikan kebebasan beragama kepada rakyat.

 

“Jagalah keharmonian negara dan janganlah cuba meniup isu perkauman sedangkan kita boleh hidup aman walaupun masing-masing punya perbezaan agama,” katanya.

 


                                                       Bantah penghinaan agama Islam
                                                 
                                             

        

Kemaskini pada 2017-02-01 11:26:36 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page