Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Jangan biar lembu terlepas di jalan utama

Wartawan Utusan Online II 24 Januari 2017

 
       

 

KUALA SELANGOR - Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) memberi peringatan kepada pemilik lembu yang dibiarkan lepas di jalan utama di daerah ini supaya mematuhi arahan yang ditetapkan.

 

Pemangku Setiausahanya, Mohamad Yusli Askandar menjelaskan, MDKS mengambil maklum mengenai aduan awam dan siri kemalangan melibatkan lembu yang berkeliaran di Laluan Persekutuan (Bukit Rotan-Ijok).

 

Menurutnya, MDKS juga mengeluarkan notis dan arahan kepada pemilik lembu untuk memastikan lembu mereka tidak berada di kawasan laluan tersebut dan mengganggu tanaman penduduk lain.

 

“Sudah menjadi satu kesalahan sekiranya seseorang itu membiarkan lembu dalam kawasan larangan di bawah Seksyen 4(1) Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 1971 dan boleh didenda sehingga RM200.

 

“MDKS juga boleh mengurung mana-mana lembu atau kerbau yang ditangkap dan disimpan di suatu tempat atas risiko empunya atau penjaga lembu-kerbau sehingga belanja bagi tangkapan, kurungan dan memberi makan lembu-kerbau itu dibayar.

 

“Barulah empunya atau penjaga boleh menuntut kembali lembu-kerbau itu di bawah Seksyen 4(4) Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 1971,” katanya kepada Sinar Harian.

 

Mohamad Yusli menegaskan, Seksyen 13 Enakmen yang sama memberikan kuasa kepada MDKS untuk menjalankan pendakwaan di mahkamah ke atas mana-mana empunya, penjaga kerana melanggar mana-mana peruntukan di dalam enakmen tersebut.

 

Sehubungan itu katanya, penyiasatan segera sedang dijalankan untuk mengenal pasti pemilik yang masih lagi lalai menjaga ternakan mereka sehingga mengakibatkan kemalangan.

 

“MDKS juga memberi amaran keras kepada pemilik ternakan yang masih berdegil kerana tindakan segera akan dikenakan kepada mereka dalam masa terdekat.

 

“Orang ramai diminta untuk menyalurkan aduan segera secara dalam talian di dalam aplikasi Sistem Pengurusan Aduan Rakyat Kuala Selangor (SPARKS) yang boleh dimuat turun secara percuma melalui Play Store dan App Store.

 

“Kerjasama semua pihak dapat membantu MDKS membendung masalah haiwan ternakan berkeliaran di laluan utama sehingga menimbulkan risiko kemalangan kepada pengguna,” katanya.


                                                       Jangan biar lembu terlepas di jalan utama
                                                 
                                             

        

Kemaskini pada 2017-02-01 11:25:16 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page